Ini Yang Boleh Anda Jangka Dalam Sekuel Train To Busan Presents Peninsula 3

‘Train To Busan Presents: Peninsula’, Ini Beberapa Plot Yang Boleh Anda Jangkakan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bakal keluar tahun ini, Train To Busan Presents: Peninsula merupakan antara filem Korea Selatan yang paling dinanti oleh masyarakat dunia.

Merupakan sekuel kepada filem Train to Busan pada tahun 2016, filem pertama lakonan Gong Yoo, Jang Yu-mi dan Ma Dong-seok telah memecahkan rekod penonton dengan catatan penonton lebih 10 juta orang.

Ini Yang Boleh Anda Jangka Dalam Sekuel Train To Busan Presents Peninsula 2

Dengan keuntungan kasar USD93.1 juta seluruh dunia, filem Train to Busan merupakan filem Korea Selatan paling tinggi mencatatkan kutipan di Malaysia, Hong Kong dan Singapura.

Apa yang boleh anda jangka daripada filem sekuel ini?

1. Skop babak lebih luas daripada kereta api

Menurut pengarah, Yeon Sang-Ho filem ini akan mengetengahkan beberapa karakter baharu yang berjuang dalam mencari vaksin wabak zombie.

Ini Yang Boleh Anda Jangka Dalam Sekuel Train To Busan Presents Peninsula

Tidak hanya mengehadkan ruang babak kepada kereta api, filem ini akan membawa kelainan kepada penonton dari segi plot latar belakang tempat.

2. Kang Dong Won dan Lee Jung Hyun sebagai watak utama 

Bukan lagi Gong Yoo, kali ini Sang-Ho menampilkan pelakon Kang Dong Won sebagai watak utama Gong Yoo, manakala untuk watak menggantikan Jang Yu-mi akan dipegang oleh Lee Jung Hyun.

BACA: Pengarah Janjikan ‘Peninsula’, Sekuel ‘Train To Busan’ Akan Lebih Gerun

Tak perlu bimbang, melihatkan pada watak-watak yang dibawa Kang Dong Won dan Lee Jung Hyun sebelum ini, pastinya filem ini mampu menarik lebih ramai penonton daripada segenap lapisan umur.

3. Masih ada karakter kanak-kanak

Jika anda masih ingat, filem Train To Busan ada menampilkan watak kanak-kanak yang perlu kumpulan dewasa ini selamatkan. Begitu juga dengan sekuel kedua ini, namun kali ini akan dimainkan oleh pelakon Lee Rae.

Ini Yang Boleh Anda Jangka Dalam Sekuel Train To Busan Presents Peninsula 4

Melihatkan pada trailer sahaja, penonton sudah dapat merasakan bahawa filem ini menampilkan skala yang lebih besar, lebih aksi dan lebih mendebarkan daripada filem pertama.

Untuk pengetahuan anda, filem Train To Busan Presents: Peninsula ini akan memaparkan kisah Jung-seok (Dong Won), seorang bekas tentera yang berjaya keluar dari Korea Selatan yang mana kesemua daripada rakyatnya sudah dijangkiti dengan virus zombie.

Ini Yang Boleh Anda Jangka Dalam Sekuel Train To Busan Presents Peninsula 1

Menjadikan Korea Selatan sebagai sebuah negara yang sudah musnah, Jung-seok dihantar pulang bagi mendapatkan satu barang berharga. Konflik bermula apabila beliau bertemu dengan orang-orang yang masih lagi belum dijangkiti.

Untuk ketahui apa yang akan berlaku dalam filem Train To Busan Presents: Peninsula ini, tonton dahulu trailer pertama filem sekuel ini di pautan bawah: