
Ibu Tunggal Terima Bantuan Makanan Jadi Mangsa Buli Siber Netizen Akibat Salah Anggap
Seorang ibu tunggal yang menerima bantuan makanan sebagai individu terjejas semasa wabak pandemik COVID-19 di Malaysia telah menjadi mangsa buli siber netizen akibat salah anggap yang berlaku.

Gambar beliau menerima bantuan berlatarbelakangkan rumah teres dua tingkat bersama dua kereta telah disalah anggap sebagai individu yang tidak layak menerima bantuan berkenaan.
Tampil menjelaskan hal berkenaan, wanita berkenaan menyatakan dua buah kenderaan berkenaan adalah milik arwah suaminya, Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin yang meninggal pada Januari lalu.
BACA: 100,000 Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Sekiranya Koronavirus Berterusan
Nor Aziah, 46 tahun memberitahu beliau sedih dengan tuduhan netizen tanpa mengetahui ksah sebenar dan terus menghentamnya.
https://www.facebook.com/nasta.alviks/posts/10221136516503962?__cft__[0]=AZUTllewgSnYKcm4a8L-vAdXAD0Wjy0iDhXU5rN3KI0JxHhu1lG6cmRYkOqO2IX-CnOdyafHx847hYm6_ziWYxFWiivFBPFMxZdhjE5_7zlju8HtGGYpbBoYDBz_2Wm3gcfkPedDf8pdPnuPjlqSiYv2&__tn__=%2CO%2CP-y-R
Merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak, Nor Aziah memberitahu beliau kini hanya tinggal di rumah sewa bersama anak-anaknya dan menjalankan perniagaan dalam talian.
Turut menerima kesan akibat penularan COVID-19, cukai jalan dan polisi insuran kedua kereta berkenaan sudah tamat tempoh dan sedang dilelong sementara menunggu perintah mahkamah untuk dijual sebelum dapat membayar hutang termasuk sewa yang sewajarnya.
Pertama kali menerima bantuan kebajikan selepas kematian suaminya, bantuan yang diterima daripada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida pada minggu lalu adalah dibawah kategori ibu tunggal dan penerima zakat.
Beliau tidak meminta bantuan, tetapi kerana tidak mempunyai pilihan dek bimbang dengan kebajikan anak-anaknya, Nor Aziah memberitahu beliau terpaksa menerimanya.
“Saya tidak menjadi kaya melalui beg beras, saya terima kerana anak-anak saya perlu makan.”
Tiga daripada anaknya masih bersekolah manakala seorang lagi sedang menyambung pengajian di peringkat universiti.
Tampil melakukan permohonan maaf, pemilik akaun yang memuat naik gambar berkenaan sekali lagi meminta agar menteri berkaitan menjelaskan satu lagi gambar yang memaparkan latar belakang ‘jenis kediaman’ yang sama.
https://www.facebook.com/vpmanickam/posts/10157262738871229
Sumber: FMT
Trending now



