Negara Asia Masih Bebas COVID-19

Empat Negara Asia Ini Masih Bebas Dari Wabak COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semua sudah sedia maklum bahawa wabak COVID-19 kini semakin merebak hampir ke seluruh pelosok dunia. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Covid-19 sudah tersebar ke 204 buah negara termasuk China.

Sebahagian negara di pelosok dunia telah pun mengambil langkah seperti perintah kawalan pergerakan dan perintah berkurung namun masih terdapat beberapa buah negara yang belum melaporkan kes COVID-19.

Setakat ini, jumlah jangkitan wabak berbahaya COVID-19 di seluruh dunia kini telah pun mencecah satu juta kes. Pada masa sama, jumlah kematian akibat wabak itu menghampiri 50,000 orang.

Walah bagaimanapun, sebanyak 16 negara iaitu beberapa dari negara-negara Pasifik dan lain-lain dari rantau Afrika dan Asia, tidak ada laporan kes yang disahkan setakat ini.

Di Afrika, negara-negara Lesotho, Sudan Selatan, Yaman, Sierra Leone, Burundi, dan Malawi serta wilayah Sahara Barat setakat ini belum melaporkan sebarang kes koronavirus.

Manakala di Asia, terdapat empat negara yang dikatakan masih bebas dari wabak COVID-19 iaitu Korea Selatan, Turkmenistan, Tajikistan dan Yemen.

1. Republik Korea Utara

Negara Asia Masih Bebas COVID-19

Bersempadan dengan China, yang mana virus itu berasal, dan Korea Selatan antara yang paling teruk terjejas, bagaimapaun Korea Utara mendakwa ia telah mengusir pandemik itu tanpa sebarang kes jangkitan.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, membawa negara yang sudah terasing itu menjadi terhenti dengan menutup sempadan pada bulan Januari bagi menghentikan virus itu, yang menghalang perdagangan yang sah dan pelancongan.

Namun, Amerika Syarikat ‘hampir pasti’ terdapat kes COVID-19 di Korea Utara kerana kekurangan aktiviti ketenteraan yang ketara, kata Jeneral Robert Abrams, Panglima Angkatan Tentera AS di Korea, kepada pemberita dalam taklimat telepersidangan pada Mac.

Namun, setakat ini Korea Utara masih belum mengesahkan berita ini mahupun melaporkan sebarang kes yang disyaki atau disahkan Covid-19.

2. Turkmenistan

Negara Asia Masih Bebas COVID-19

Kerajaan Turkmenistan dilapor melarang perkataan COVID-19 daripada digunakan media tempatan atau risalah maklumat kesihatan dan menafikan penyakit itu wujud di negara mereka.

Menurut sumber berita bebas Turkmenistan Chronicle, risalah dengan maklumat tentang pencegahan penyakit yang diedarkan kementerian kesihatan negara itu juga telah memadamkan sebarang kaitan mengenai COVID-19.

Polis juga menahan rakyat yang berbincang tentang wabak COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia, lapor The Independent.

3. Yemen

Negara Asia Masih Bebas COVID-19

Walaupun negara Yemen kini berada di persimpangan untuk menjadi negara bergolak akibat daripada peperangan yang tercetus, namun tiada laporan kes jangkitan koronavirus direkodkan setakat ini.

Sementara di negara-negara lain, koronavirus digelar musuh yang menakutkan, tetapi bagi Yemen masalah yang lebih besar adalah krisis kemanusiaan, yang disebabkan oleh kelaparan, penyakit dan perang saudara yang belum berakhir.

Perdana Menteri Yaman, Maeen Abdul Malik Saeed merayu agar penduduk mengetepikan perbezaan di antara mereka, dan memberi tumpuan kepada langkah pencegahan yang dikeluarkan kerajaan.

4. Tajikistan

Negara Asia Masih Bebas COVID-19

Merupakan negara kecil Uni Soviet yang berada di benua Asia Tengah tidak melaporkan kes positif virus COVID-19 setakat ini. Bagaimanapun, kerajaan telah meminta rakyatnya untuk mengelakkan diri menghadiri masjid sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak ini.

Negara yang memiliki 9 juta orang penduduk bersempadan dengan China dan Afghanistan telah menutup sempadannya kepada rakyat dari kedua-dua jiran serta Korea Selatan, Iran dan Itali.