haji abdul hadi awang

Haji Abdul Hadi Awang Dilantik Sebagai Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Presiden PAS, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Duta KhasYAB Perdana Menteri ke Timur Tengah. Lantikan beliau dilaporkan bertaraf Menteri.

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/2894646357280571?__cft__[0]=AZU0VO-lkrSSY6OV2glnJtouhS86_sk5D9ESbeiYhCt9IpyxulDkCjsqypDI8AuQJghtUm8d7jVN8tkypAYcBY1tlXiA9naGfZKOmVtv-F1U6VfvkD2jFNXC4HNzXJG4DMQdaEgRFtzLM1kClZqzI2py0bSw52mLiPwTmr6NSHsG-g&__tn__=%2CO%2CP-R

Ahli Parlimen Marang ini merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada tahun 1994 hingga 2004.

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir.

haji abdul hadi awang

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada tahun 2016.

Beliau dengan rendah diri mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga berkata akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu Kerajaan Malaysia memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat melalui hantarannya di Facebook.

https://www.facebook.com/abdulhadiawang/posts/2832288086856291?__cft__[0]=AZX0Wj1avms5xafec9CuzMmYj5RyssHz3_BpdhPGxF8pceLaeoEbIWzUPcE1Ni7H-k57JXzld1Xy7hJYQjl5_q4KVg3vTXkNmvwJE4p_iNl46ZZyM3ppnTTHkk5jp2X0VdCcLStdwM5IO2qtxIZ5CSGGgwR5jYI7xBcev8eRoM1mpw&__tn__=%2CO%2CP-R

Terdahulu, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood telah dilantik sebagai Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Jemilah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.