Serangan Belalang Juta Burukkan Lagi Krisis Wabak COVID-19 Di Arab Dan Afrika 1

Serangan Belalang Juta Burukkan Lagi Krisis Wabak COVID-19 Di Arab Dan Afrika

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Serangan belalang juta burukkan lagi krisis wabak COVID-19 di Arab dan Afrika.

Ketika seluruh dunia masih dalam keadaan kelam kabut menangani wabak COVID-19, negara Afrika Timur, Semenanjung Arab dan Asia Barat sedang berdepan dengan satu krisis lain yang menambah ‘bencana’ sedia ada.

Dianggarkan berbilion belalang juta telah menyerang tanaman penduduk menjadikan mereka kehilangan punca pendapatan dan sumber makanan. Antara yang paling teruk terjejas adalah di Afrika Timur dan Yaman serta negara-negara Teluk seperti Iran, Pakistan dan India.

Serangan Belalang Juta Burukkan Lagi Krisis Wabak COVID-19 Di Arab Dan Afrika
Sumber: BBC

Walaupun penyemburan racun serangga dari udara dan tanah telah dilakukan sebagai langkah kawalan, namun disebabkan kekurangan pesawat dan dana, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah merayu RM329 juta untuk menangani krisis berkenaan.

Bukan itu sahaja, kerajaan China telah menghantar satu pasukan pakar ke Pakistan bagi membangunkan sistem terbaharu yang membabitkan 100,000 ekor itik sebagai senjata biologi yang mana seekor itik boleh memakan lebh 200 ekor belalang dalam masa sehari.

BACA: Bimbang Impak Ekonomi Akibat COVID-19, Menteri Jerman Bunuh Diri

Serangan belalang juta pada ketika ini membawa kepada keadaan yang lebih buruk yang boleh menyebabkan lebih banyak kematian penduduk gara-gara tiada bekalan makanan yang mencukupi.

Belalang juta atau nama saintifiknya Schistocerca gregaria merupakan serangga yang biasa hidup di padang pasir di antara Afrika Barat dan India. Biasanya membiak selepas musim hujan, belalang juta memerlukan tanah lembap untuk bertelur.

Belalang juta kebiasaannya suka bersendirian tetapi dalam keadaan tertentu populasinya menjadi banyak dan mula menukar tingkah laku dan menjadi lebih suka berkawan.

Serangan Belalang Juta Burukkan Lagi Krisis Wabak COVID-19 Di Arab Dan Afrika 2
Sumber: BBC

Walaupun tidak berbahaya, serotonin otak belalang juta boleh mencetuskan perubahan secara dramatik seperti membiak dengan banyak, membentuk kawanan dan berhijrah apabila populasi menjadi ckup padat di bawah keadaan yang bersesuaian seperti kemarau.

Telah menyebabkan wabak sejak zaman prasejarah, tamadun Mesir Purba mengukir imej belalang juta pada makam-makan mereka kerana pernah menjadi penyebab kebuluran dan penghijrahan manusia.

Sudah menyebabkan ancaman pada penghasilan pertanian di Afrika, Timur Tengah dan Asia selama berabad lamanya, belalang juta yang lapar boleh menyebabkan hampir satu per 10 penduduk dunia terjejas jika diserang.

Sumber: BBC, Astro Awani, Wikipedia