
Netflix Kurangkan Kualiti Video Di Malaysia Sepanjang April
Kebanyakan negara yang dilanda wabak COVID-19 termasuk Malaysia kini melaksanakan perintah kawalan pergerakan mahupun perintah berkurung bagi menangani penyakit berjangkit ini berleluasa.
Sehubungan itu, ramai rakyat negara ini mula bekerja dari rumah, para pelajar yang memerlukan penggunaan Internet sendiri. Manakala sebahagian lain turut menghabiskan masa dengan menstrim video di rumah yang memerlukan capaian Internet menyebabkan pengggunaannya semakin meningkat.
Laman penstriman video Netflix mengumumkan bahawa bermula hari ini (31 Mac), kadar bit penstriman pelanggan mereka di Malaysia akan dikurangkan seperti yang berlaku di Eropah minggu lalu.
Netflix akan mengurangkan penggunaan jalur lebar sebanyak 25% sehingga penghujung bulan April. Ia sebagai langkah untuk mengurangkan beban ke atas infrastruktur Internet negara sepanjang tempoh PKP – memandangkan bukan Malaysia sahaja mengalami masalah capaian Internet, negara luar juga turut terkesan.
Seperti di Eropah, jumlah penggunaan Internet telah meningkat sebanyak 50%. Bagi mengelakkan beban ke atas infrastruktur sedia ada, Thierry Breton telah menyeru pengguna supaya hanya menstrim kandungan pada resolusi SD buat masa ini.
Menurut Netflix, pelanggan masih boleh menstrim kandungan beresolusi 4K tetapi pada kadar bit yang lebih rendah. Boleh sahaja jika ingin menonton kandungan Netflix pada tetapan tertinggi, nikmatinya dengan memuat turun kandungan terlebih dahlulu pada peranti.
Tiada potongan harga ditawarkan bagi mereka yang melanggan pakej Premium RM51 sebulan (kerana pengguna masih boleh menonton kandungan 4K).
Youtube juga turut mengurangkan kualiti video
Dalam pada itu, kualiti video saluran Youtube akan dikurangkan sepanjang sebulan di seluruh negara sejak penularan wabak COVID-19 ini bagi melancarkan trafik Internet. Menurut Bloomberg, penonton akan pada mulanya melihat video YouTube dalam definisi standard dan diberi pilihan jika mereka mahu menontonnya dalam format HD.
Manakala di India, Persatuan Operator Selular India (COAI) meminta syarikat pentsriman seperti Netflix, Hotstar, ZEE5 dan YouTube untuk mengurangkan kualiti video di India. Ia sebagai bagi memastikan perkhidmatan internet yang stabil boleh diberikan kepada perkhidmatan lebih penting seperti perbankan dan kesihatan.
Jadi, jangan rasa tertekan dan marah dengan perkhidmatan Internet anda kerana semuanya mengalami masalah kualiti yang sama.
Sumber: Amanz
Trending now



