mysalam

mySalam: Inisiatif Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma Rakyat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia melalui Tabung Amanah mySalam.

Tujuan skim ini ditubuhkan adalah kerana kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Skim ini dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Pengendali-pengendali takaful lain mungkin akan dilantik untuk mengendali Skim ini pada masa hadapan.

mySalam ialah skim patuh-Syariah kerana produk ini adalah produk takaful yang diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

mysalam

Terdapat 45 jenis penyakit kritikal yang dilindungi di bawah skim ini:

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Kelecuran Tahap Ketiga
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan pankreas berulang
  44. Elefantiasis
  45. Penyakit lembu gila

Pendaftaran adalah percuma bagi rakyat Malaysia yang layak untuk mendaftar dengan skim mySalam. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang layak didaftar secara automatik.

Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di laman utama untuk daftar. Bagi golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun juga boleh mendaftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk mySalam yang terdekat.

Penerima yang layak mendaftar dengan skim mySalam

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun.

Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-melkan ke [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020. Penerima-penerima M40 yang layak boleh mendaftar bermula daripada 11 Februari hingga 31 Mac 2020.

Jika didiagnos mengalami penyakit kritikal sebelum 1 Januari 2019, bolehkah menyertai skim ini?

Jika anda mempunyai keadaan sedia ada sebelum 1 Januari 2019, anda masih boleh membuat tuntutan untuk manfaat pendapatan gantian hospitalisasi atau penyakit kritikal, tertakluk kepada terma berikut:

(i) Untuk manfaat pendapatan gantian hospitalisasi, anda boleh membuat tuntutan jika anda dimasukkan ke hospital pada/selepas 1 Januari 2019

(ii) Untuk manfaat penyakit kritikal, anda boleh membuat tuntutan jika penyakit sedia ada tidak mencapai peringkat lebih teruk seperti yang dispesifikasikan di dalam definisi penyakit kritikal sebelum 1 Januari 2019. Sila rujuk kepada untuk senarai definisi 45 penyakit kiritikal di sini.

NOTA: Ini hanya terpakai kepada penerima Bantuan Sara Hidup sedia ada sahaja.

mysalam

Tuntutan mySalam

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

i. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

ii. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Untuk makluman skim ini hanya kepada penerima yang menerima rawatan di Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Tentera yang disenaraikan di laman web mySalam. Boleh rujuk senarai hospital di sini.

Setakat ini skim mySalam tidak melindungi penerima yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta.

Bagi diagnosis penyakit kritikal, jika penyakit kritikal didiagnos di hospital swasta atau hospital selain Hospital Kerajaan Malaysia, tetapi rawatan lanjut dibuat di hospital kerajaan atau hospital yang layak, ianya masih layak untuk manfaat penyakit kritikal dengan syarat borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ dilengkapkan oleh doktor atau pakar yang merawat di hospital kerajaan.

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Status tuntutan, sekiranya dokumen tidak lengkap, boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my. Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. Maklumat ini juga boleh diakses melalui www.mysalam.com.my

Jika saya berumur 65 tahun ke atas dan penerima Bantuan Sara Hidup, adakah saya masih layak menerima bantuan skim mySalam?

Anda boleh mendapat bantuan kesihatan daripada skim Peka B40 yang merangkumi penerima BSH berumur 40 tahun ke atas. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bolehkan manfaat mySalam tidak dibayar?

Anda tidak akan dibayar manfaat elaun hospitalisasi harian jika dimasukkan ke hospital disebabkan dan termasuk mana-mana perkara berikut, secara langsung atau tidak langsung:

• Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras;
• Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan;
• Melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap
• Ketagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, Ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan.

Bantuan diagnos penyakit COVID-19

Selain 45 jenis penyakit kritikal, mySalam beri manfaat juga pada pesakit dijangkiti COVID-19.

mysalam

Daftarkan diri anda dengan www.mysalam.com.my sekarang.