cukai pendapatan

Panduan Lengkap Cara Isi e-Filing Cukai Pendapatan Individu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika anda belum mendaftarkan diri untuk mengisytiharkan cukai pendapatan, anda boleh rujuk sini untuk panduan lengkap cara daftar cukai pendapatan individu melalui sistem e-Daftar.

Selepas mendaftar, anda akan diberi nombor cukai pendapatan anda yang akan digunakan untuk mengisi borang cukai melalui sistem e-Filing.

Pengenalan e-Filing LHDN (Individu)

Sistem e-Filing adalah bertujuan untuk mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada kerajaan.

Melalui sistem e-Filing, anda boleh mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.

e-Filing boleh diisi bermula 1 Mac setiap tahun. Setiap individu yang menerima gaji minimum RM34,000 setahun / RM2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP layak dikenakan cukai pendapatan.

Panduan Mengisi eFiling

1. Layari ezHASiL

cukai pendapatan

Layari portal https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan isikan maklumat berkenaan di bahagian Log Masuk.

2. Klik e-Filing

Untuk mengisi borang cukai pendapatan individu, skrol ke bawah sehingga anda jumpa dengan pilihan e-BE Tahun Taksiran 2019.

Borang BE (e-BE) merupakan borang cukai individu yang tiada punca pendapatan perniagaan, atau mudah kata bekerja makan gaji.

Setiap satu pilihan borang cukai pendapatan membawa kepada jenis cukai yang berlainan. Jadi, kepada anda yang merupakan individu yang berkerja dan mempunyai gaji, sila pilih borang e-BE. Jangan pilih borang lain pula ya.

cukai pendapatan

cukai pendapatan

Seterusnya anda akan di bawa ke paparan di bawah ini. Untuk rakyat Malaysia, anda dikategorikan sebagai Pemastautin. Klik bahagian e-BE dengan memilih tahun taksiran cukai yang anda ingin isikan.

cukai pendapatan

3. Isi maklumat pendapatan

Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

a. Maklumat Individu

cukai pendapatan

Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori
untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang
seterusnya.

  • Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE
  • Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris

b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan

cukai pendapatan 7

Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun
Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian akan dipaparkan.

Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.

c. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai

cukai pendapatan

Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi
maklumat untuk pelepasan cukai.

d. Rumusan

cukai pendapatan

Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai
“Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”.

Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.

Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan. Ini bagi memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda. Semua maklumat ini boleh didapati di dalam borang EA/EC yang telah diberikan oleh majikan anda.

Di halaman akuan seperti gambar di bawah, anda boleh pilih sama ada untuk mencetak draf borang dalam bentuk PDF, menghantar eBorang atau kembali ke halaman sebelumnya.

cukai pendapatan

Jika anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisi, sila klik “Tandatangan & Hantar”.

Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan.

cukai pendapatan

Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

cukai pendapatan

Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran yang anda pilih seperti di atas akan dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu :

a. Butang Simpan & Cetak Pengesahan – Untuk menyimpan dan mencetak slip
pengesahan penerimaan borang.
b. Butang Simpan & Cetak e-BE – Untuk menyimpan dan mencetak salinan e- Borang
c. Butang Keluar – Untuk keluar dari e-Borang

Selesai pendaftaran eFiling cukai pendapatan tahunan anda.

Untuk info lanjut, muat turun PDF cara mengisi eFiling di sini.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri