cukai pendapatan 22

Panduan Lengkap Cara Daftar Cukai Pendapatan Individu

Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab untuk melaksanakan pembayaran cukai pendapatan. Cukai ini akan digunakan bagi membantu pembangunan negara seterusnya dapat dikembalikan kepada rakyat semula. Di Malaysia, sistem taksiran sendiri digunakan untuk mengira cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Dalam sistem taksiran sendiri ini, setiap orang yang memenuhi syarat perlu menyerahkan borang taksiran secara atas talian melalui sistem e-filing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Skop Pengenaan Cukai

Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya. Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai.

Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

cukai pendapatan

Pengenalan e-Filing LHDN (Individu)

Sistem e-Filing adalah bertujuan untuk mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada kerajaan.

Melalui sistem e-Filing, anda boleh mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.

e-Filing boleh diisi bermula 1 Mac setiap tahun. Setiap individu yang menerima gaji minimum RM34,000 setahun / RM2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP layak dikenakan cukai pendapatan.

Baca cara untuk isi e-filing di sini.

Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai?

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Tanggungjawab pembayar cukai

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDN. Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :

a. Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
b. Lapor Pendapatan Tahunan
c. Bayar Cukai Pendapatan

cukai pendapatan

Panduan mengisi e-Daftar

Pendaftaran boleh dibuat online melalui portal rasmi http://edaftar.hasil.gov.my,

Bagi pengguna kali pertama, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:

1. Lengkapkan borang pendaftaran online

Layari http://edaftar.hasil.gov.my/dafsgjpn.php untuk mendaftar kali pertama. Anda akan dibawa ke halaman seperti berikut:

cukai pendapatan

Paparan berikut akan keluar. Klik pada Daftar Pembayar Cukai Individu untuk papar borang pendaftaran pembayar cukai individu.

cukai pendapatan

Semak nombor cukai pendapatan anda terlebih dahulu. Klik pada pautan berikut:

cukai pendapatan

Skrin berikut akan terpapar. Isi medan-medan berikut:

cukai pendapatan

Pilih Warganegara/Pemastautin Tetap dan masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru, Nombor Polis dan Nombor Tentera jika ada. Anda hanya perlu isikan alamat kediaman sahaja.

cukai pendapatan

cukai pendapatan

Isikan maklumat permohonan pada ruangan yang disediakan. Semua medan yang
mempunyai label ikon mestilah diisi oleh pemohon. Kemudian klik Hantar.

cukai pendapatanSekiranya dokumen telah diisi dengan lengkap, sila semak dan klik butang Setuju untuk langkah seterusnya.

cukai pendapatan 19

Selepas selesai anda akan diberi satu nombor permohonan. Pastikan anda catat nombor tersebut untuk digunakan ketika mahu menyemak status pendaftaran kelak.

cukai pendapatan

Anda juga boleh rujuk sini untuk cara-cara mengisi e-Daftar.

2. Semak status permohonan

Selepas beberapa hari, anda boleh membuat semakan online status permohonan di http://edaftar.hasil.gov.my/info.php.

Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi e-filing pula nanti.

NOTA: Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.

Penyata Saraan Tahunan

cukai pendapatan

Selepas anda mendaftar dengan LHDN, majikan tempat anda bekerja akan memiliki kumpulan data (database) bersama LHDN.

Merujuk kepada Seksyen 83 (1A), Akta Cukai Pendapatan 1967, setiap majikan perlu memberikan penyata borang EA/EC kepada tiap-tiap pekerja selewat-lewatnya pada atau sebelum hari terakhir bulan Februari tahun berikutnya.

Penyata yang perlu di isi adalah salah satu dari dokumen berikut :

  1. EA Penyata Gaji untuk pekerja SWASTA.
  2. EC Penyata Gaji untuk pekerja AGENSI KERAJAAN.

Kedua-dua borang ini akan disertakan bersama-sama dengan Borang E yang diposkan kepada anda. Sekiranya, syarikat tidak menerimanya, Borang EA/EC boleh dimuat turun melalui laman web utama LHDN dan klik pada ikon Borang.

NOTA: Anda akan gunakan borang EA/EC ini untuk mengisi borang e-Filing nanti.

Untuk mengisi borang e-filing, sila rujuk artikel ini.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)