Wang Tunai RM250,000 Hilang Di Kediaman Syed Saddiq Bukan Milik PPBM 1

Wang Tunai RM250,000 Yang Hilang Di Kediaman Syed Saddiq Bukan Milik PPBM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan kehilangan wang tunai RM250,000 di kediamannya.

BACA: Pulang Semula Elaun Percutian, Lihat Senarai Pendapatan Menteri Malaysia Selain Syed Saddiq

Beberapa jam lalu, beberapa media melaporkan wang tunai yang hilang dari simpanan peti besi di tingkat atas kediamannya adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menafikan berita berkenaan, laporan berkenaan kehlangan tersebut sudah dilakukan di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya kelmarin.

Kenaikan Elaun Pelajar Latihan

Tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar, Syed Saddiq memaklumkan kali terakhir beliau membuka peti besi berkenaan adalah pada 13 atau 14 Mac lalu.

Menjadi misteri, peti besi berkenaan bebas kesan umpilan malah keadaan rumah serta bilik adalah kemas tanpa sebarang tanda pecah masuk. Turut ditahan adalah pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan.

Meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi, Syed Saddiq yang merupakan Ketua Pemuda Armada Bersatu memberitahu beliau menyedari wang berkenaan hilang adalah pada jam tujuh malam 28 Mac lalu.

Berikut merupakan laporan polis yang dibuat:

Wang Tunai RM250,000 Hilang Di Kediaman Syed Saddiq Bukan Milik PPBM

Terdahulu, Syed Saddiq semasa menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan pernah menyuarakan isu berkaitan dengan elaun pelajar latihan industri yang mana mewajibkan agensi kerajaan dan swatsa membayar elaun RM5/sejam berbanding dahulu RM1.60/sejam.

Sumber: Harian Metro