Suka Tunjuk Kehidupan Mewah Punca Artis Dikecam Bila Minta Bantuan Khusus 3

Suka Tunjuk Kehidupan Mewah Punca Artis Dikecam Bila Minta Bantuan Khusus

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Suka tunjuk kehidupan mewah punca artis dikecam apabila cuba minta bantuan khusus.

Beberapa hari ini tular di laman media sosial mengenai bantuan yang diminta oleh beberapa artis ketika negara sedang melalui proses Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

BACA: JANGAN PANIK! Bukan ‘LockDown’, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Perintah Kawalan Pergerakan Oleh Kerajaan

Dimulakan oleh Black Hanifah, beliau telah mencadangkan agar kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberikan bantuan khusus.

Disokong oleh beberapa rakan artis lain seperti Shuib Sepahtu, Tomok dan Fizo Omar, cadangan beliau telah disalah anggap oleh netizen Malaysia.

Suka Tunjuk Kehidupan Mewah Punca Artis Dikecam Bila Minta Bantuan Khusus 4

Menyuarakan cadangan bukan untuk diri sendiri, pandangan yang disarankan kepada kerajaan adalah bagi pihak anak-anak seni yang berdepan kesempitan hidup akibat ketiadaan kerja.

Telah disalah anggap oleh pelbagai pihak, ramai daripada netizen tampil menghentam mereka. Kata netizen, artis tetap tergolong dalam golongan rakyat marhaen yang boleh memohon bantuan di dalam Pakej Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) tanpa memerlukan mereka mempunyai ‘laluan’ istimewa.

“Bukan semua artis itu kaya, ada juga yang sedang berdepan kesulitan hidup dan mereka juga layak diantu sama seperti rakyat Malaysia yang lain.” – Black

Turut menerima kritikan daripada rakan artis lain iaitu Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju, Anju mengkritik gaya hidup mewah yang diamalkan oleh sebahagian besar rakan artis sehingga tidak melakukan simpanan.

https://www.instagram.com/p/B-QhGjLHJnU/

Bagi pengarah, Mamat Khalid, sebenarnya artis sendiri yang mengundang kecaman netizen kepada mereka. Tindakan sesetengah artis yang suka berkongsi gaya hidup mewah serta barangan berjenama di laman media sosial selama ini akhirnya memakan diri sendiri apabila krisis ekonomi sedang melanda dunia akibat penularan skala besar wabak COVID-19.

https://www.instagram.com/p/B-UnqMtHOXM/

Semalam, ahli perniagaan Vivy Yusof pengasas jenama Duck menjadi trending di laman media sosial apabila mengeluarkan kenyataan seakan ‘dengki’ kepada golongan rakyat marhaen yang menerima bantuan daripada kerajaan.

BACA: Vivy Yusof Dan Aleeya Zailan Pertikai Bantuan Pakej PRIHATIN

Mempertikaikan bantuan yang diterima oleh golongan rakyat B40, komen beliau bersama seorang lagi ahli perniagaan yang juga pengasas AVENYS, Aleeya Zailan dikatakan sangat tidak menjaga sensitiviti kesusahan yang dialami rakyat susah ketika ini.

Terlalu angkuh mengeluarkan kenyataan, keduanya dilihat saling berbalas komen yang menimbulkan kemarahan netizen sehinggakan kredibiliti Vivy sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga dipertikaikan.

Suka Tunjuk Kehidupan Mewah Punca Artis Dikecam Bila Minta Bantuan Khusus 1

Suka Tunjuk Kehidupan Mewah Punca Artis Dikecam Bila Minta Bantuan Khusus 2

 

Suka Tunjuk Kehidupan Mewah Punca Artis Dikecam Bila Minta Bantuan Khusus

Mungkin ini jadi pengajaran buat semua. Jangan terlampau suka tunjuk kemewahan yang anda ada di laman media sosial sehingga apabila berlakunya isu sebegini, anda kembali dipersalahkan.