Topeng Muka Diimport Dari China Rosak

600,000 Topeng Muka Yang Diimport Dari China ‘Rosak’ – Kementerian Kesihatan Belanda

Pihak berkuasa Belanda memanggil balik 600,000 topeng muka yang rosak diimport dari China, di tengah-tengah perjuangan menentang koronavirus COVID-19, menurut Anadolu Agency memetik media tempatan pada Sabtu.

Kementerian Kesihatan menarik balik topeng FFP2 daripada 1.3 juta yang diimport dari China kerana mereka tidak memenuhi standard kualiti. Kata Kementerian Belanda, mereka menerima topeng muka dari sebuah kilang di China pada 21 Mac.

Sebahagian daripada penghantaran telah diedarkan kepada jabatan kesihatan dan mendapati ia tidak memenuhi standard kualiti.

“Ujian kedua juga menunjukkan bahawa topeng muka tidak memenuhi standard kualiti. Kini ia telah memutuskan untuk tidak menggunakan apa-apa penghantaran ini,” kata kenyataan itu.

Topeng Muka Diimport Dari China Rosak
Sumber: Taiwan News

Topeng muka yang diterima Belanda dari China itu mempunyai masalah tidak menutupi sepenuhnya pada kawasan mulut dan hidung dan sebahagian lainnya lapisan penapis yang sudah rosak.

Belanda mempunyai 1,819 kes positif COVID-19 dan angka kematian adalah 639.

Sebenarnya, banyak negara yang mengalami pandemik COVID-19 ini menerima bantuan peralatan perubatan seperti topeng muka dari China, termasuklah Malaysia.

Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebanyak 100,008 unit Test Kit COVID-19 Nucleic Acid Diagnostic Kit (PCR-Fluorescence Probing), 100,000 topeng muka N95, 500,000 topeng muka tiga lapisan, 50,000 unit Alat Pelindung Diri (PPE) dan 200 unit ventilator yang disumbangkan China.

Kesemua bantuan diterima Hishammuddin yang mewakili Kerajaan Malaysia daripada Duta China ke Bai Tian.

Dalam krisis yang melanda Belanda, Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran telah memesan lebih daripada satu bilion topeng muka yang diimport dari China untuk membantu negara melawan pandemik COVID-19.

Bukan hanya masalah topeng muka yang rosak, 80 peratus kit ujian COVID-19 yang diterima Taiwan juga mengalami masalah yang sama sehingga memaksa pegawai kesihatan terpaksa bergantung kepada ujian makmal konvensional.

Manakala Sepanyol yang merupakan negara Eropah kedua teruk menimpa pandemik ini mengatakan kit ujian yang dibeli dari China juga mempunyai masalah kerosakan. Akhbar Sepanyol El País melaporkan bahawa ahli mikrobiologi mendapati kit ujian yang dibeli dari syarikat China, Bioeasy dapat mengenal pasti virus dengan betul hanya 30% dari masa tertentu.

Diharapkan barangan yang diterima Malaysia dari China ini tidak mengalami masalah yang sama seperti negara-negara terbabit.

Sumber: Straitstimes