
Vivy Yusof Dan Aleeya Zailan Pertikai Bantuan Pakej PRIHATIN?
Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang bantuan pakej PRIHATIN bagi membantu rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ini, timbul kenyataan dari dua orang usahawan, Vivy Yusof pengasas Fashion Valet dan Aleeya Zailan pengasas AVENYS.
Dilaporkan kedua-dua mereka melakukan hantaran serta komen di platform Instagram mengenai bantuan yang ditawarkan oleh pakej PRIHATIN tampak seperti tidak cukup membantu para usahawan dikala krisis PKP.
Namun, bukan itu yang menjadikan para netizen bengang. Komen Aleeya Zailan seperti dalam screen shot di bawah ini telah menjadi perbualan hangat netizen.
Hey guys, vivy yusof is part of uitm board of directors and this is her mentality. Cool kan? Fucking clown. https://t.co/iPGyRdbPfQ
— Fi 😮💨 (@hafuuro) March 29, 2020
Menurut komen yang dilontarkan Aleeya Zailan, beliau menyatakan bahawa golongan miskin bakal menjadi semakin kaya ketika penularan wabak COVID-19 dan tiada pekerjaan selepas habisnya wabak. Perniagaan seperti beliau dan Vivy Yusof sedang berusaha untuk kekal bertahan ketika PKP ini.
Terdapat kenalan mereka yang terpaksa menutup perniagaan sepanjang tempoh PKP kerana tidak mampu menampung kos operasi akibat tiada transaksi jualan berlaku.
Vivy Yusof pula mengambil pendekatan yang lebih rasional apabila risau sekiranya tempoh PKP diteruskan, perniagaannya mengalami kerugian serta gagal mengekalkan pekerjanya.
Hantaran kedua mereka ini mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen.
Dear Vivy and friends in the same income bracket (T20 is too dubious to ascribe to your lot),
I have had students who had to decide whether to come to school or stay home because that RM2 pocket money can feed their entire family for a day. You rasa diorang makan apa harini? 1/6
— farihahfahmy (@farihah_fahmy) March 29, 2020
Vivy, I love your tudung but I hate your attitude that makes me want to hate your tudung. From today onwards I will not buy any duck scarves anymore
— stan cix everyone (@chanyeolyxion) March 29, 2020
I saw comments made by Vivy n Aleeya Zaila (idk who the fuck she is).
Let me say this, it hurts when u only hv RM5 in ur pocket to cover ur meal for the whole month. It hurts when price hike as fuck but ur paid sucks !
We dont get richer during Covid. We just get enuff 💪🏻
— Meran (@merxnism) March 29, 2020
Vivy yusof is cancelled. At least when you are rich, please have empathy towards low income people, don't spew such nonsense and don't say heartless things. https://t.co/xwbxxPr0oc
— jimmy (@jimmynmhs) March 29, 2020
Terdapat juga netizen yang setuju dengan pendapat Vivy Yusof, namun begitu marah dengan kenyataan Aleeya Zailan.
I understand from Vivy’s point of view, but Aleeya sounds really selfish and ignorant especially the part where she mentioned “new TV and iPhone”. Too privileged to understand how it's like to live in the B40. https://t.co/KPFAEAEyPe
— Aizat Ardy (@AizatArdy) March 29, 2020
Sememangnya agak memeritkan kepada pemilik perniagaan seluruh negara ketika PKP dilaksanakan. Mereka terpaksa menutup perniagaan bagi membantu memutuskan rantaian wabak COVID-19. Namun, sumber rezeki mereka juga turut terputus. Tiada transaksi jualan berlaku maka terdapat kemungkinan bahawa akan ada yang menutup kedai serta tidak mampu membayar gaji pekerja.
Sementara itu, terdapat seorang lelaki berkongsi tentang pembetulan falasi pakej PRIHATIN yang digembar-gemburkan warganet. Ikuti penjelasannya di sini.
Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Walaupun pengumuman ini sudah dijangka dengan melihat kepada sikap rakyat Malaysia serta kadar peningkatan kes yang berlaku, namun Perdana Menteri tetap meminta rakyat Malaysia agar kekal tenang di rumah.
Jika anda masih ingkar mematuhi enam perintah ini, anda adalah penjenayah yang boleh dikenakan hukuman denda dan dipenjara di bawah Seksyen 11(4) bersama Seksyen 24(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
Trending now



