
Tiada Pertambahan Banyak Kes COVID-19, Ini Yang China Sembunyikan Dari Dunia
Tiada pertambahan banyak kes baharu COVID-19 di China.
19 Mac lalu, China pertama kali mengesahkan bahawa tiada kes domestik baharu selepas wabak COVID-19 menular di sana sejak akhir Disember lalu.
Disifatkan sebagai peningkatan terbesar dilaporkan di China sejak dua minggu lalu oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, China bebas jangkitan domestik COVID-19 untuk tiga hari berturut sebelum mencatatkan semula kes pertama pada 27 Mac lalu.
BACA: Angkuhnya China Namun Tersungkur Hanya Kerana Koronavirus
Setakat hari ini, China cuma mencatatkan pertambahan kes sebanyak 45 kes sahaja, itu pun kebanyakannya melibatkan pelawat luar dan bukannya penduduk tempatan China.
Apa yang mereka sembunyikan di sebalik catatan tiada pertambahan kes baharu ini?
Beberapa hari lalu, tular satu video di laman media sosial yang mendakwa keengganan hospital menerima mana-mana pesakit yang mempunyai simptom COVID-19 berikutan daripada ke’tekad’an kerajaan yang mahu bebas dari wabak ini.
Hospital refuses to admit #CCPVirus patient as they want to keep "zero new case" record. Upset family starts a fight with staff, on Mar. 23, Not sure which hospital.
Click here for more : https://t.co/fSwmxEsPYp#COVID2019 #Coronavirus #CoronavirusOutbreak #CoronavirusPandemic pic.twitter.com/uUGQTEgEgt— Jennifer Zeng 曾錚 (@jenniferatntd) March 23, 2020
Kejadian yang berlaku pada 23 Mac lalu didakwa bermula apabila pihak hospital enggan menerima pesakit berkenaan yang mempunyai simptom dijangkiti COVID-19 sehingga berlakunya pergelutan antara kedua pihak.
Terdahulu, Datuk Bandar Wuhan mengakui ada merahsiakan mengenai wabak COVID-19 sehingga menyebabkan lebih 30,000 nyawa terkorban kerananya. Disebabkan itu juga, wabak ini telah merebak ke 199 buah negara dan satu kapal persiaran Jepun dengan catatan kes keseluruhan sebanyak 664,887.
BACA: Amerika Syarikat Atasi China, Catat Kes Tertinggi Dunia Positif COVID-19
Didakwa tidak telus dalam menyampaikan maklumat, kerajaan China telah disaman berbilion US Dolar oleh sekumpulan ahli perniagaan Amerika Syarikat atas dakwaan menyebabkan kerugian dan kehilangan punca pendapatan akibat penular COVID-19 ini.
Trending now



