
Tragedi Christchurch: Pengganas Akhirnya Mengaku Salah Lakukan Tembakan Rambang
Masih anda ingat lagi tentang tragedi Christchurch yang berlaku pada tahun lalu?
Genap setahun beberapa hari, akhirnya pengganas yang dikenali sebagai Brenton Tarrant mengaku telah melakukan tembakan rambang di Masjid Christchurch pada 15 Mac tahun lalu.
BACA: Gempar! Tragedi Tembakan Solat Jumaat Masjid Christchurch Merupakan Hari Paling Gelap Di New Zealand
Dalam satu perbicaraan yang diadakan secara tergesa-gesa, lelaki berusia 29 tahun berkenaan sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan terlibat dalam tindakan keganasan mengubah pengakuannya kepada bersalah pada Mahkamah Tinggi Christchurch.

Pengakuan yang dibuat tanpa alasan diberikan menerusi video link dari Penjara Auckland itu dilakukan sambil matanya memandang tepat ke arah kamera bermakna beliau tidak perlu lagi menghadiri perbicaraan kes berkenaan.
BACA: Pengganas Christchurch Bakal Jalani Hidup Dalam Penjara Paling Kejam Di Dunia
Akan dihukum pada satu tarikh yang masih belum ditentukan, pengakuan bersalah beliau bermakna tamatnya kes jenayah kontroversi berkenaan.
BACA: Tragedi Berdarah Christchurch: Warga Malaysia Cerita Pengalaman Jadi Saksi
Terdahulu, Senator Queensbay, Fraser Anning pernah menimbulkan kemarahan dunia terutamanya umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan berunsurkan kebencian agama seolah-olah menyokong perlakuan Tarrant.
BACA: Remaja ‘Egg Boy’ Sumbang USD70,000 Kepada Keluarga Mangsa Tragedi Di Christchurch
Tampil mengkritik Anning secara terbuka, seorang remaja Australia telah menjadi hero dunia apabila secara berani memecahkan telur di kepala Anning sehingga digelar sebagai Egg Boy.
Sumber: Berita Harian
Trending now



