NGO Dilarang Agih Makanan Terus Kepada Penerima, Apa Isunya 1

NGO Dilarang Agih Makanan Terus Kepada Penerima, Apa Isunya?

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dilarang agih makanan terus kepada penerima.

Semalam isu NGO mengagihkan makanan menjadi ‘panas’ selepas menteri kanan tidak membenarkan mereka menyumbangkan makanan terus kepada penerima sebaliknya menghantarnya ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Menteri Pertahanan, langkah ini diambil sebagai langkah mengawal pergerakan susulan daripada kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

BACA: ‘Total Lockdown’ Di Simpang Renggam, Ini Yang Perlu Rakyat Malaysia Ambil Iktibar Daripadanya

Pejabat JKM yang kini menjadi fungsi sebagai pusat pengumpulan diharapkan dapat mengurangkan pergerakan sebahagian yang bebas keluar dengan alasan menghantar makanan.

Hanya anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dibenarkan untuk melakukan pergerakan dari rumah ke rumah.

Sebagai langkah membendung penularan COVID-19 di Malaysia, langkah ini diambil sebagai satu inisiatif berjaga-jaga sehinggalah perintah ini tamat pada 14 April hadapan.

NGO Dilarang Agih Makanan Terus Kepada Penerima, Apa Isunya
Sumber: Berita Harian

Merupakan isu perdebatan yang tiada penghujung, mari kita lihat apa fungsi NGO yang sebenarnya menurut saudara Mukmin Nantang, pengasas badan NGO Borneo Komrad (tulisan mengenai NGO ini total daripada beliau).

1. Mengapakah bantuan dari NGO wujud?

NGO dan bantuan-bantuannya wujud untuk melengkapi masalah atau persoalan masyarakat yang tidak diselesaikan oleh kerajaan. Memang semua kerja NGO sepatutnya kerja kerajaan. Tapi kerajaan lebih banyak main politik dan tidak mampu bergerak seprogresif NGO dalam membantu masyarakat terpinggir. Tumbuhnya NGO bagai cendawan selepas hujan adalah mencerminkan kelompongan yang besar dalam kerja-kerja orang politik.

2. Kerajaan mahu pun mana-mana orang politik tidak harus sombong.

Sedarlah diri. Sepatutnya bekerjasama dengan NGO dan mengambil maklumat atau dapatan dari NGO. Ketika kamu duduk di atas kerusi empuk NGO sedang bekerja setiap hari memahami masalah masyarakat. Kamu dari atas memang tidak akan pernah memahami.

3. NGO juga mahu duduk rumah dan berehat.

Tapi bagaimana kalau setiap hari kami dibanjiri mesej dan didatang oleh orang berjumpa kami untuk memohon bantuan? Mengapa mereka bertemu NGO bukan pusat kerajaan? Sebab sistem kerajaan sangat teruk banyak birokrasi, serabut dan akhirnya masalah masyarakat banyak tidak mampu diselesaikan.

4. Kerajaan banyak bercakap soal polisi dan dasar tetapi implimentasinya bagaimana?

Bagaimana dengan orang di pulau, orang di pedalaman, pelarian dan orang tanpa dokumen? Bagaimanakah cara mendekati dan membantu mereka? Sedarlah bukan saja mereka tidak dapat bantuan, informasi juga mereka tidak dapat. Tidak semua orang ada kenderaan dan kelebihan menggunakan jalur lebar (internet).

5. Sedarkah kerajaan ada pulau yang berjam-jam untuk kita sampai menaiki bot.

Ada pedalaman yang berhari untuk kita sampai dan ada yang tidak boleh masuk menggunakan kenderaan. Ada pelarian yang terperangkap di penempatan mereka. Ada orang tanpa dokumen yang takut untuk keluar dan bantuan tidak pernah sampai ke tempat mereka.

6. Kerajaan tidak perlu larang NGO, kami boleh berhenti sendiri buat kerja kebajikan kemanusian ini.

Bolehkah kerjaan beri jaminan akan membantu semua golongan diceruk-ceruk mana pun? Boleh? Kalau boleh kami semua berhenti buat kerja PERCUMA ini!

7. Jangan kata kami tidak salurkan maklumat kepada kerajaan.

Habis air liur, habis kertas A4 laporan dicetak dan habis duit berulang kali naik turun pejabat kerajaan. Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) ?. Kalau JKM ni bagus rancangan Bersamamu TV3 pun tak wujud!

8. Bercakap dari bibir politikus

yang sedang duduk dikerusi empuk tidak mungkin sama dengan gambaran sebenar penderitaan rakyat kelas bawah.

9. Saya tidak akan berhenti bagi bantuan.

Hukumlah apa pun, dan jangan lupa bantu komuniti yang saya jaga!

10. Kami NGO juga takut dijangkiti COVID-19

tapi yang lebih kami takut adalah saudara semanusia kita dibiarkan mati tak makan, mati tidak beri perubatan.

Sumber: Berita Harian, Mukmin Nantang