
Ini Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Yang Rakyat Bakal Terima
Resipi yang dikongsikan pada kali ini pasti membangkitkan selera seisi keluarga. Menggunakan buah-buahan dalam pembuatan sos untuk digandingkan hidangan berkonsepkan gorengan rangup bukan sesuatu yang baru.
Langkah untuk membuatnya cukup mudah dan bahannya senang didapati. Aroma haruman oren serta ayamnya cukup menyelerakan. Jom cuba resipi dibawah ini:

Bahan-bahan:
Isi ayam dipotong saiz dadu
1 sudu garam
1 sudu serbuk lada sulah
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu minyak
Cara memasak:
1. Campurkan kesemua bahan di atas kemudian gaul sebati.
2. Campurkan isi ayam ke dalam adunan campuran tepung dan biarkan sebentar.
3. Goreng ayam tadi dan ketepikan.
Bahan sos:
1 sudu minyak sayur
1/4 sudu emping cili
1/2 sudu halia yang ditumbuk
1 sudu bawang putih ditumbuk
1/4 cawan gula
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan jus oren (boleh guna jenama Sunquick)
1/4 cawan cuka
2 sudu besar kicap
Cara memasak:
1. Tumis emping cili, halia, bawang putih, dengan minyak.
2. Masukkan gula, gula perang, jus oren, cuka dan kicap kemudian kacau sebati.
3. Apabila sos sedang masak, masukkan campuran air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah sos oren itu.
3. Kemudian tutup api dan masukkan ayam goreng tepung tadi, gaul sebati. Tabur satu sudu besar minyak bijan ke atasnya.
Makan dengan nasi panas-panas. Selamat mencuba!
Sumber: Tasty
Trending now



