AS Atasi China Positif COVID-19

Amerika Syarikat Atasi China, Catat Kes Tertinggi Dunia Positif COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan kes COVID-19 yang tertinggi di seluruh dunia, mengatasi China dan Itali, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University (Johns Hopkins) dan The New York Times (Times).

Negara yang mempunyai kepadatan penduduk 330 juta itu kini mempunyai 82,404 kes, manakala Times berkata terdapat sekurang-kurangnya 81,321 orang yang diuji positif untuk COVID-19.

Terdahulu, Itali merekodkan 80,539 kes pada Khamis, manakala China 81,285 kes – dengan rekod dua hari berturut-turut tiada sebarang kes jangkitan tempatan COVID-19. Hanya beberapa kes baharu dilaporkan iaitu kes import ketika Beijing berusaha mengawal keadaan bagi mencegah kebangkitan semula virus itu.

New York, Washington dan California merupakan bandar yang paling terjejas teruk di negara Uncle Sam itu. Angka kematian pula melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak 1,178 kes.

Hospital di AS dilaporkan semakin kritikal dalam menangani pesakit COVID-19 dan 40 peratus rakyat AS kini berada dalam perintah berkurung bagi membendung penyebaran wabak berkenaan.

Susulan peningkatan kes itu, Presiden Donald Trump akan bercakap dengan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping untuk membincangkan pandemik global dan menegaskan mereka mempunyai “hubungan yang sangat baik”.

Trump turut meragui perkara ini dengan menegaskan ‘anda tidak tahu angka sebenar di China. Kenyataan Trump yang menegaskan secara berulang dengan menggelar COVID-19 sebagai virus China berikutan ia bermula di Wuhan mencetuskan kemarahan di China.

AS Atasi China Positif COVID-19

Trump mendakwa seorang pegawai Kementerian Luar China mengetuai teori konspirasi bahawa tentera AS membawa virus ke China.

Dalam pada itu, AS membebaskan sejumlah banduan sebagai usaha mengurangkan impak pandemik COVID-19. Pembebasan itu tertumpu kepada banduan yang tidak berbahaya dan mengalami keadaan penyakit yang lebih mendedahkan mereka kepada jangkitan virus COVID-19.

Mereka dibenarkan untuk menjalani hukuman di rumah disebabkan beberapa faktor, terutama tahanan lanjut usia yang sudah menjalani tempoh panjang dan untuk memastikan penjara tidak menjadi punca penularan wabak berbahaya itu.

Arahan itu membolehkan kira-kira 170,000 banduan yang menjalani hukuman di penjara persekutuan AS, di mana puluhan kes positif COVID-19 dalam kalangan kakitangan dan banduan.

Pakar mendakwa, jumlah sebenar kes mungkin jauh lebih tinggi daripada angka rasmi akibat kekurangan kit ujian. Pandemik COVID-19 kini telah menular di 175 negara setakat ini.

Sumber: BH