Tune Hotels Tawar Penginapan Percuma Berserta Sarapan Buat ‘Frontliners’ 2

Tune Hotels Tawar Penginapan Percuma Berserta Sarapan Selama Sebulan Buat ‘Frontliners’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebagai usaha menghargai usaha keras para frontliners dalam menangani kes COVID-19 di Malaysia, Tune Hotels cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menawarkan penginapan percuma berserta sarapan untuk mana-mana kakitangan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kesemua 130 buah bilik di Tune Hotels PWTC, yang berada berhampiran Hosital Kuala Lumpur dibuka kepada semua kakitangan bermula 24 Mac hingga 24 April 2020.

BACA: Hero Tak Didendang: Pengorbanan Individu Di Sebalik Wabak COVID-19 Di Malaysia

Tawaran yang dibuka selama sebulan ini adalah hasil inisiatif Pertubuhan ECM Libra yang disokong oleh Ormond Group selepas bersimpati dengan keadaan kakitangan hospital yang terpaksa berehat di ruangan koridor hospital kerana tiada tempat untuk berehat sebelum kembali bertugas.

Tune Hotels Tawar Penginapan Percuma Berserta Sarapan Buat ‘Frontliners’ 1

Setakat hari ini, sudah 1,796 kes dicatatkan yang mana 1,578 merupakan kes aktif, 199 kes sudah sembuh dan 19 kes kematian dengan 45 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Terdahulu, Perdana Menteri hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan sudah dilanjutkan sehingga 14 April hadapan sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, pengumuman ini sudah dijangka sejak awal lagi oleh pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar selepas melihat kepada sikap rakyat Malaysia yang masih lagi mengabaikan penjarakkan sosial serta tidak mengamalkan etika batuk dan bersih yang betul.

Sumber: New Straits Times