Petronas Sumbang RM20 Juta COVID-19

Sumbang RM20 Juta Kepada Hospital, Netizen Gesa Isi Minyak Petronas Sebagai Pilihan Pertama

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semakin banyak wakil dan organisasi yang menyumbang dan memberi sokongan kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19, termasuklah syarikat Petronas.

Dilaporkan, Petronas menyumbang peralatan perubatan bernilai RM20 juta kepada hospital yang diwartakan yang mana Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan peralatan dan bekalan perubatan kritikal itu kepada hospital terbabit termasuk pusat kuarantin.

Peralatan perubatan itu termasuk ventilator, katil hospital dan tilam selain kamera pengimejan termal, termometer digital, kit ujian virus, pelindung hidung dan mulut serta peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Menurut kenyataan Petronas, sumbangan berkenaan melengkapkan inisiatif baharu oleh anak syarikat Pertronas, Petronas Dagangan Berhad (PDB) yang menyumbangkan air mineral Mesra dan roti Mesra Biter kepada kakitangan perubatan yang ditempatkan di Pusat Saringan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Dalam pada itu, Petronas juga akan menyumbangkan air mineral Mesra kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Melihat tindakan yang dilakukan Petronas, netizen berasa terharu dan memuji atas keprihatinan syarikat minyak terbabit.

Ramai yang menyeru agar memberi sokongan dengan mengisi minyak kenderaan di stesen minyak Petronas sebagai pilihan pertama memandangkan syarikat minyak ini sahaja yang membantu meringankan beban yang ditanggung pusat perubatan di negara ini (buat masa ini).

Petronas Sumbang RM20 Juta COVID-19

Bagi mereka yang sentiasa mengisi minyak di stesen Petronas, mula memberi saranan agar utamakan stesen minyak tempatan berbanding yang lain.

Jadi, terasa mahu ubah haluan dengan mengisi minyak Petronas atau tetap dengan pilihan sendiri?