Corak Kes COVID-19 Di Malaysia dan Itali Adalah Sama 1

Corak Kes COVID-19 Di Malaysia Dan Itali Adalah Sama – Kajian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Corak kes COVID-19 di Malaysia dan Itali adalah sama. Itu kata satu pertubuhan yang menjalankan kajian untuk kemajuan sosial.

Setakat hari ini, Malaysia sudah mencatatkan kes positif COVID-19 sebanyak 1,518 dengan kes kematian seramai 15 orang. Daripada jumlah berkenaan, seramai 57 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Malaysia kini sedang berada di gelombang kedua penularan jangkitan dengan peningkatan kes secara mendadak pada 4 Mac lalu.

BACA: #Patient136: Punca Gelombang Kedua COVID-19 Berlaku Di Malaysia?

Menurut kumpulan pengkaji daripada Research for Social Advancement Centre  (REFSA), corak peningkatan mendadak kes COVID-19 di Malaysia adalah hampir sama dengan corak kes di Itali.

Susulan itu, REFSA menggesa rakyat agar mengamalkan penjarakkan sosial serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan dalam usaha mengelak daripada menjadi seperti Itali.

Bayangkan populasi penduduk di Malaysia cuma separuh sahaja di Itali. Apa akan jadi kalau kita ‘mengikut’ jejak Itali?

Lihat rajah perbezaan kes di Malaysia dan Itali di bawah:

Corak Kes COVID-19 Di Malaysia dan Itali Adalah Sama
Sumber: REFSA

Setakat hari ini, Itali telah mencatatkan 63,927 kes dengan kematian seramai 6,077. Daripada jumlah berkenaan, 50,418 kes masih lagi aktif dengan jumlah kes kritikal sebanyak 3,204 dan kes sembuh sebanyak 7,432.

Corak Kes COVID-19 Di Malaysia dan Itali Adalah Sama 3

22 Mac lalu, Itali mencatatkan kematian paling tinggi di dunia dalam tempoh masa 24 jam iaitu seramai 793 mangsa, mengatasi jumlah korban di China setakat ini.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1867390786727462/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARDURM3iS1lS7sXPfIcfPSrWPsVfI6wO76M3whb1-uXXB1dR51SlK0JhMs_r0tvT9es8C9N9DReo2oW399YlLy7ES-R-XZy4qHySYgzKg9aH5tQ9hstaGherM3jXNfXkHYDsrJ8F1idJOpEZ4TT43uOPHERlvFXUxfLA5y40lpaQ7fmEcoltWNEl0cX2OcjsTCGGEvCDWvZETJVzmI8AzriUruusBnBlyblmNyUWV0y5q2crEjO0hcJ2tuv2xnI3_4XC_NA90fqbDyibzVJ60G5uunPqGWP1r0qwY6qSEEuXoDmSrozJdekyHeV9Tx_J4yHAJVCTbPHPHGPWaxR08D8huJQh&__tn__=-R

Jika dilihat kembali, penularan dalam skala yang besar di Itali adalah disebabkan sikap acuh tak acuh rakyat Itali dengan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan.

BACA: Sikap Acuh Tak Acuh Rakyat Itali Punca Wabak Covid-19 Merebak Pantas

Keingkaran berkenaan akhirnya membawa padah apabila Itali terpaksa menguatkuasakan perintah berkurung atau pun lockdown dan memperketatkan kawalan berkurung dalam usaha mengekang penularan.

Itali Sunyi Sepi Hospital Berperang

Seluruh wilayah di Itali terpaksa ditutup dan hanya perkhidmatan penting dibenarkan untuk menjalankan operasi seperti farmasi, bank, pejabat pos, insurans, perkhidmatan wang, pengangkutan awam dan pasar raya. Anggota tentera juga dikerah bagi memastikan perintah tersebut dipatuhi sepenuhnya oleh rakyat Itali.

BACA: COVID-19: Kurang Kes Walaupun Berhampiran China, Ini Yang Perlu Kita Belajar Dari Taiwan

Melihat kepada apa yang berlaku pada Itali hari ini, kita sepatutnya mengambil iktibar daripadanya. Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah dikuatkuasakan, maka tak mustahil Malaysia akan menjadi seperti Itali hari ini.

Sumber: REFSA