Rebrand Hand Sanitizer Dettol

Peniaga Ambil Kesempatan, Sanggup ‘Rebrand’ Hand Sanitizer Jenama Terkemuka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak penularan pandemik COVID-19 semakin menggila di Malaysia, produk seperti topeng muka dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) semakin diperlukan menyebabkan stok makin berkurangan di kedai dan farmasi.

Disebabkan itu, ramai yang mula menjual hand sanitizer secara dalam talian memandangkan produk berkenaan semakin laris ketika ini. Sehingga ada yang mampu meraih RM40,000 dalam masa dua hari, begitu tinggi permintaan produk ini!

Berikutan hand sanitizer kini semakin sukar diperoleh di pasaran, ramai yang turut berkongsi cara-cara menghasilkan cecair pembasmi kuman buatan sendiri menggunakan campuran cecair antiseptik dan air suling.

Meskipun begitu, tidak semua mampu menghasilkan pembasmi kuman sendiri atas sebab-sebab tertentu dan lebih rela untuk membelinya. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila banyak rupanya produk hand sanitizer yang kita tidak pernah lihat pun di pasaran terjual secara dalam talian.

Tidak kisahlah jika jenama baharu muncul menjual produk ini tetapi ada yang sanggup menjualnya dengan menjenamakan semula (rebrand) dengan jenama terkemuka pembasmi kuman.

Khairul Yoi, page Facebook yang tegar memerangi produk ‘sampah’ di negara ini, memaklumkan agar tidak membeli jenama rebrand hand sanitizer yang dijual secara dalam talian.

“Perhatian para pengguna bijak!”

“Dettol, Dentel, Dettel, yang dalam botol kaca atau repack macam ni, TOLONG TOLONG TOLONG JANGAN BELI…ni semua fake,” tulisnya di Facebook.

Rebrand Hand Sanitizer Dettol
Sumber: Twitter

Jika lihat di carian Google, semua produk hand sanitizer jenama Dettol tiada pun yang dijual dalam botol kaca seperti gambar yang ditularkan. Malah, tidak relevan untuk pembungkusan semula produk berkenaan andai kata peniaga mengambil stok dari kilang.

Rebrand Hand Sanitizer Dettol

Maka, jika terdesak sekali pun, anda sebagai pengguna bijak belilah produk yang tidak dijenamakan semula atau tiruan. Jika di farmasi berdekatan tempat tinggal anda kehabisan stok, semak dahulu produk dalam talian sebelum membuat pembelian.

Sumber: Khairul Yoi