Doktor Pesara COVID-19

Khidmat Pesara Doktor Akan Diperlukan Jika Kes COVID-19 Naik Mendadak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini, kerajaan terpaksa memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau pegawai perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera.

Langkah itu hanya akan dilakukan apabila perlu, bagi mengimbangi keperluan doktor perubatan sedia ada, dalam usaha meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sekiranya berlaku pertambahan kes seperti di negara luar yang mendadak, kita tidak ada alasan untuk (tidak) panggil balik doktor yang sudah pencen dan doktor angkatan tentera untuk bantu kita,” katanya.

Setakat ini, negara kini masih mempunyai keupayaan doktor perubatan yang mencukupi bagi mengawal kes berkaitan COVID-19 dan masalah kesihatan yang lain.

Doktor Pesara COVID-19
Sumber: Mstar

Ini termasuk usaha kementerian menempatkan 1,000 doktor pelatih di 44 hospital kerajaan seluruh negara bagi membantu melicinkan operasi harian, susulan penularan COVID-19, sekali gus meredakan bebanan doktor sedia ada.

Kementerian juga menambah 830 jururawat lantikan secara kontrak bagi menambah kapasiti petugas di 135 hospital kerajaan, memandangkan bilangan kes positif COVID-19 semakin ketara sejak minggu lalu.

Dalam pada itu, bantuan pertama peralatan perubatan dari China kini dalam proses penghantaran ke Hospital Sungai Buloh dalam usaha menangani penularan COVID-19.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China untuk mendapatkan bantuan penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman, kit ujian pengesanan COVID-19 dan lain-lain.

Bilangan kes baharu positif COVID-19 di negara ini mula menunjukkan trend mendatar dengan jumlah 125 kes direkodkan pada Isnin diikuti 120 kes (Selasa), 117 kes (Rabu) dan 110 kes semalam.

Sumber: BH