
Jalani Ujian Saringan Tapi Tak Kuarantin, Penumpang Bas Dari Johor Ke Kuantan Positif COVID-19
Jalani ujian saringan tapi tak mengkuarantinkan diri. Memang pentingkan diri.
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa 18 Mac lalu, berbondong-bondonglah rakyat Malaysia memenuhi stesen jualan tiket untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Seorang lelaki yang termasuk dalam golongan tersebut hari ini telah disahkan positif COVID-19 oleh Pejabat Kesihatan Kuantan.
BACA: Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, Anda Adalah Penjenayah Yang Boleh Didenda Dan Dipenjarakan
Beliau yang merupakan salah seorang daripada penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan dikatakan telah jalani ujian saringan COVID-19 di Johor Bahru namun tidak mengkuarantinkan dirinya.
Namun selepas daripada jalani ujian saringan menunjukkan hasil positif COVID-19, beliau sudah pun menaiki bas ke Kuantan.

Menaiki bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 16 Mac jam 7.45 malam, mereka yang turut berada di kawasan berkenaan diminta untuk menjalani ujian saringan di pusat kesihatan berdekatan.
BACA: Khidmat Tentera Mungkin Akan Digunakan Jika Orang Ramai Masih Ingkar – Menteri Pertahanan
Walau bagaimanapun pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan memaklumkan semua penumpang telah pun menghubungi Bilik Gerakan PKD selepas tularnya berita ini.
https://www.facebook.com/promosipkdktn/photos/a.324574207949371/743249309415190/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARDEyuRQ-mz4M4gWWddCSeHZ0s8cIPYoicj4IvWhNuZXTNB2nXBLtEiJN-iySorONKlNqXndLeH5Z9oE4bFeNtDfQHVNlYzYTusTYjwjxpU2xqQ5VAmRWZB_TarXXFBEY5iP5l_rx6gOMZvUA23NQD7KwUqZ1G5AMisrBREy19qRDFZ3tIj4jcN-6WBYOr8MVQCVG5kzym2a9NTi3g8hqpHbE3Xxdi2pVTK074m41UZLrI5Og44BWNmPqvSSrFgwDfb8_U7zfgfEdwLJWMKL_4jJsrBAf23QvQydSwAUmzUXh0T_gdGxHjv1sybb7Knv8J0LChUrn43ly69k87qvBNE&__tn__=-R
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, Perdana Menteri telah memohon kerjasama daripada semua pihak untuk tetap berada di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa pada 18 Mac ini hingga 31 Mac hadapan.
Jangan kerana mementingkan diri sendiri, penularan wabak COVID-19 ini tidak dapat diputuskan rantaiannya.
Sumber: FMT
Trending now



