
Indonesia Catat Angka Kematian Tertinggi Akibat COVID-19 Di Asia Tenggara
Indonesia catat kematian tertinggi di Asia Tenggara.
Susulan penularan wabak COVID-19 yang kini sudah berada di 173 buah negara, Indonesia telah mencatatkan angka kematian tertinggi di kawasan Asia Tenggara.
Indonesia catat kematian pertama.
Peningkatan kematian secara mendadak sejurus selepas kes pertama dicatatkan pada 2 Mac lalu dan kematian pertama dicatatkan pada 11 Mac ini menimbulkan kebimbangan masih ramai lagi yang berada dalam keadaan bahaya.
17 Mac lalu, kes kematian di Indonesia cuma melibatkan lima individu namun meningkat dengan mendadak kepada 19 individu menjadikan Indonesia mendahului Malaysia dalam angka kematian walaupun kes di Malaysia dua kali ganda lebih tinggi berbanding Indonesia.
Terdahulu, Indonesia pernah mencetuskan kebimbangan dunia apabila tidak mencatatkan walau satu kes positif COVID-19 biarpun negara di sekelilingnya sudah mempunyai beberapa kes. Data berkenaan agak mencurigakan kerana Indonesia sangat bergantung kepada pelancongan China.
Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus pernah mengkritik satu kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard berkenaan data berkenaan dan menyifatkan kajian tersebut sebagai satu penghinaan kepada Indonesia.
BACA: Doa ‘Senjata’ Tiada Jangkitan Koronavirus Di Indonesia – Menteri Kesihatan
Biarpun tidak mencatatkan kes jangkitan selepas dua bulan negara-negara di dunia dijangkiti, terdapat dua kes positif pelancong yang dikatakan berkait dengan pelancongan di Indonesia, iaitu seorang melibatkan warga negara Jepun dan China.
Sumber: The Jakarta Post
Trending now



