
Hero Tak Didendang: Pengorbanan Individu Di Sebalik Wabak COVID-19 Di Malaysia
Apa itu hero tak didendang?
Dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 secara mendadak semalam, pastinya keadaan di hospital dan klinik kesihatan di Malaysia kini berada dalam keadaan sibuk.
BACA: 100,000 Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Sekiranya Koronavirus Berterusan
Tidak mengira masa, pegawai kesihatan serta kakitangan hospital seperti doktor, jururawat serta tukang cuci merupakan antara indvidu yang layak digelar hero dalam keadaan waktu getir ini.

Saat orang lain mengawal pergerakan dengan tetap berada di rumah, mereka mempertaruhkan nyawa sendiri berhidmat untuk merawat dan memberikan yang terbaik untuk negara.
https://www.facebook.com/budaklab/photos/a.101738073998824/424620695043892/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCFlU-hXLI-c49lKnQYIL4t2eiOs84NCxcjw3ciriuA6Hr_c5o21gNxqHa4rK9GrzlzopgTHgnjVcHIvQAdS7878blxRKdprM98_Ir21Ej_ZCenCu8jEN9zUJwl98jj5J0iOSc8rTv-2jU5ki-2wzxfQuo0AdtsnGBq3yvBiQr40TcSxzIf7KbkI4CWqF6OxETJaDkFmTK9kX6e1EZsnUOxKIXi9HAl7_vT_A5c14tNsGSAMJpu9tbVIOdHDBlaWMiO07jJcLywoNJAEDSAd_wnGvex2ozVCSCfmRNaB6EJ75rwyA1k76iB5777V7dyfahZgb7jzpZTfYUV7eunWR3C&__tn__=H-R
Di saat orang lain berkumpul bersama keluarga, hero-hero tak didendang ini bukan sahaja diuji secara fizikal yang bertungkus lumus menyediakan rawatan kepada pesakit tetapi juga diuji daripada segi mental yang terpaksa berjauhan dengan keluarga selain daripada memikirkan cuti yang dibekukan.
https://www.facebook.com/budaklab/posts/430353564470605
Tidak kurang juga yang terpaksa memakai sut PPE (Personal Protective Equipment) sepanjang masa selama 16 jam yang mana berada di dalamnya nak bernafas pun susah.
Tambah pula dengan kekurangan tenaga kerja akibat daripada pentadbiran kerajaan dahulu yang mengurangkan pengambilan kakitangan baharu.
BACA: Elaun Kritikal Ditarik Bermula 2020, Petugas Perubatan Antara Mangsa Langkah Penjimatan Kerajaan?
Jadi sebagai rakyat Malaysia, apa yang boleh kita lakukan?
1. Patuhi Perintah Kawalan Keselamatan yang ditetapkan kerajaan sehingga 31 Mac ini.
2. Kekalkan jarak sosial dua meter.
3. Jangan pentingkan diri dengan melakukan perkara yang boleh menyusahkan orang lain seperti melakukan pembelian panik.
Semoga dengan adanya Perintah Kawalan Keselamatan ini, harapnya penularan jangkitan dapatlah dikurangkan dengan kerjasama semua pihak terutamanya rakyat Malaysia sendiri.
Terdahulu Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang merangkumi enam perintah iaitu larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara, sekatan menyeluruh semua perjalanan, sekatan kemasukan semua pelancong. penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta, penutupan semua institusi pengajian tinggi (IPT) dan penutupan semua premis kerajaan dan swasta KECUALI bidang yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.
Malah sekatan perjalanan ke/dari Singapura sudah dilancarkan menyebabkan pekerja yang berulang alik bekerja di Singapura terpaksa melakukan keputusan sama ada cuti tanpa gaji mahu pun menetap di sana sepanjang tempoh perintah berlangsung.
Trending now



