
COVID-19: Tiga Pawagam Di Malaysia Tutup Buat Sementara Waktu
Ramai orang Semenanjung yang menjadikan Kundasang sebagai destinasi wajib kerana suasananya yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan luar negara. Pemandangan yang cantik dan menarik, jauh dari kebisingan ibu kota menjadikan Kundasang sebagai destinasi ideal untuk bercuti.
Tapi ramai juga yang merasa takut sebelum ke sana. Tapi dengan adanya perkongsian tip-tip penting sebelum bercuti ke Kundasang ini, rasanya tak perlulah kot rasa takut lagi kan?
1. Ambil flight awal
Sesiapa yang bercadang untuk terus ke Kundasang disyorkan ambil flight awal ke Kota Kinabalu (KK) sama ada pagi, tengah hari atau awal petang. Kalau flight sampai KK lewat petang atau malam sebaiknya bermalam di KK dulu, keesokan paginya baru gerak ke Kundasang.
2. Perjalanan 2 jam
Perjalanan KK ke Kundasang ambil masa sekurangnya dalam 2 jam. Mula-mula akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit sehingga ke Kundasang.
Sila gunakan Waze ke Kundasang kerana kekurangan papan tanda di sana. Kalau jumpa pun hanya tulis ke Ranau. Boleh juga ikut papan tanda Ranau kerana lokasi Ranau adalah selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit akan mulai gelap dan berkabus bermula jam 5.30-6 petang. Sebab itulah anda tidak digalakkan memandu lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak biasa sebab bahaya.
3. Isi minyak di KK
Kalau ada yang mahu isi minyak kereta, ‘cucuk’ ATM, solat, buang air, makan, beli kudapan dan sebagainya, sila lakukan di kawasan KK. Dalam perjalanan ke Kundasang, adalah susah untuk anda nak jumpa stesen minyak.
Kalau terlupa jangan risau stesen minyak terakhir (kalau tak silap) ialah SHELL, terletak betul-betul di sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, berpusing-pusing nanti cari stesen minyak di Kundasang. Di pekan Ranau sekitarr 20 minit dari pekan Kundasang barulah ada Petronas.
4. Tarikan dalam perjalanan
Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum betul-betul di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang pada anda nak pergi tempat-tempat tarikan ini semasa perjalanan pergi mahu pun waktu pulang nanti ke KK.
5. Untuk Muslim
Selepas simpang Tamparuli ke Kundasang, ada beberapa gerai di kawasan tepi jalan kiri dan kanan. Tak perlu susah-susah mahu singgah ya. Gerai-gerai tersebut semuanya menjual’ sinalau bakas’ ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan okey!
6. Tempat tarikan Kundasang
Tempat-tempat tarikan di Kundasang jarak antara satu sama lain jauh-jauh sikit. Sebelum sampai Kundasang anda akan melalui Pekan Nabalu. Bolehlah singgah beli buah tangan murah-murah di sana berbanding di KK.
Kalau anda terus lagi akan jumpa Kinabalu Park (starting point hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa bulatan sayur Kobis dan di situlah terletaknya Pekan Kundasang. Bolehlah pergi Desa Dairy Farm, War Memorial dan sebagainya. Paling penting, jangan lupa singgah Masjid Kundasang di kawasan atas bukit dan juga gerai-gerai yang menjual sayuran serta buahan dengan harga yang murah di kawasan tepi jalan.
7. Kedai makan
Di Kundasang tidak banyak kawasan kedai makan. Kalau anda suka fast food, adalah KFC di sana. Kalau nak cari tempat makan,di bulatan Kobis dari KK sebelah kanan, ada Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Order nasi putih dan sup panas-panas memang sedap dengan cuaca sejuk-sejuk. Jangan lupa cuba chicken wings Kundasang, memang terbaik.
8. Pemandangan gunung yang cantik
Jauh-jauh datang ke Kundasang mestilah mahu tengok pemandangan Gunung Kinabalu kan? Gunung Kinabalu akan jelas kelihatan mulaidari jam 6 pagi hingga 10 pagi sahaja. Lebih kurang jam 11 pagi gunung akan mulai dilitupi kabus awan.
Kalau tidak mahu terlepas, tidurlah di kawasan Kundasang. Ada banyak pilihan hotel atau homestay. Sila lakukan tempahan dengan lebih awal. Seronok bila bangun pagi-pagi dalam cuaca sejuk kemudian dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. SubhanAllah jatuh cinta! Di Kundasang cuaca sejuk sangat tau! Lagi-lagi pada waktu malam dan juga waktu hujan. Sampai menggigil-gigil badan.
9. Desa Dairy Farm (DDF)
Tengok orang lain kongsi gambar di DDF memang cantik. Tambah lagi dengan latar belakang Gunung Kinabalu, ladang menghijau dan lembu-lembu yang comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun.
Tipnya: Pergi sebelum jam 10 pagi. Bila DDF buka pada jam 8 pagi, pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puas-puas. Jangan lupa minum susu segar yang amat sedap. Aiskrim pun sedap!
10. Tempat tarikan Ranau
Apa yang ada di Ranau? Haa, di sanalah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk, dan sebagainya), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg Luanti. Dari Kundasang ke Pekan Ranau adalah dalam 20 minit. Isi minyak siap-siap di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau.
Okey, teruskan perjalanan. Dari Kundasang ke Poring dalam 45 minit. Dari Kundasang ke Sabah Tea dalam 1 jam. Betul-betul di sebelah simpang masuk Sabah Tea ada Fish Massage. Jangan terlepas tau! Kalau terus lagi alamatnya anda akan ke Sandakan pula!
Okey sudah puas jalan-jalan di Kundasang bolehlah jalan-jalan di KK pula kan. Bolehlah kongsi info ini dengan keluarga atau kawan-kawan yang merancang untuk bercuti ke Kundasang, terutamanya yang pertama kali pergi.
Baca sahaja tip ini pun sudah rasa seronok, belum lagi bila sampai ke sana. Jadi untuk anda yang ada hasrat ke sana, bolehlah ikut tip-tip di atas.
Sumber: Al-Jannah Homestay KK
Restoran Milk Moustache ni memang sedap. Lagi-lagi jajangmyun dia.
Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
Trending now



