
Rakyat Malaysia Dilarang Ulang Alik Ke Singapura Mulai Esok
Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri malam tadi, rakyat Malaysia yang berulang alik ke Singapura setiap hari untuk bekerja dilarang untuk berbuat demikian mulai esok sehingga 31 Mac ini.
Berita ini kemudiannya disahkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan berkenaan warga Malaysia yang tinggal di Johor dan bekerja di Singapura.

Enam perkara yang ditekankan dalam Perintah Kawalan Kerajaan adalah larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara, sekatan menyeluruh semua perjalanan, sekatan kemasukan semua pelancong, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) dan penutupan semua premis kerajaan dan swasta.
Terdahulu, Singapura mengadakan sekatan sempadan baharu terhadap pengembara, termasuk dari ASEAN tidak membabitkan laluan laut serta darat di antara Singapura dan Malaysia yang membawa maksud, rakyat kedua-dua negara boleh melakukan perjalanan dari kedua-dua arah seperti biasa.
Setakat ini sudah 165 buah negara sudah dijangkiti dengan wabak COVID-19 menjadikan keseluruhan kes terkumpul adalah sebanyak 198,412 dengan kadar kematian seramai 7,984. Daripada jumlah tersebut, 82,762 disahkan sembuh manakala 6,415 berada dalam keadaan kritikal.
8 Februari lalu, Singapura telah mengisytiharkan Amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) di SIngapura kini sudah dinaikkan daripada tahap kuning kepadatahap jingga atau oren semalam bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Trending now



