Pertama Kali Dalam Sejarah Menteri Kanan Muhyiddin Yassin

JANGAN PANIK! Bukan ‘LockDown’, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Perintah Kawalan Pergerakan Oleh Kerajaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

JANGAN PANIK!

Umum sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan langkah pencegahan penularan wabak koronavirus di Malaysia dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

BACA: ‘LockDown’: Ini Yang Akan Berlaku Jika Sebuah Negara Kuat Kuasa Perintah Berkurung

Namun, sebagai rakyat Malaysia kita tidak perlu panik. Ini kerana langkah berkenaan diambil dengan tujuan mengelakkan penularan selepas angka kes jangkitan meningkat secara mendadak.

Apa yang perlu anda tahu tentang Perintah Kawalan Pergerakan ini?

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self-quarantine) selama 14 hari.

Dakwaan Rasuah AirAsia Tony Kamarudin Lepas Jawatan

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Semoga kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini demi kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

Yang penting, JANGAN PANIK! Dan jangan lakukan pembelian panik.

Beli mana yang perlu sahaja. Ini kerana anda masih lagi boleh pergi keluar membeli barang keperluan dan untuk aktiviti kecemasan.