
Sistem Piramid, Satu Gerak Kerja Baharu Oleh Dr Zulkifli Untuk Penjawat Awam
Apa yang anda tahu tentang sistem piramid?
9 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumuman senarai penuh jemaah menteri yang akan menerajui Kabinet Kerajaan Persekutuan.
BACA: Senarai Lengkap Jemaah Menteri Kabinet Baharu 2020
Antara yang menarik perhatian ramai ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dato Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad al-Bakri yang turut akan dilantik sebagai senator.
https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1856474107819130/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARC-cD429iTPqjnrm4035IqY50-qepr47J1og0–WzkVhKPCO7Anw14duU6kutVJK9v7R3VTzXSItFlFGq7tv65aUgGxNgE6gfuv-Y5TOBKNHlBSoFaLtkGWdBLjkwCVlGeZT-xulSeBThDXRHjjYsKxbiAkBJlVLw7Wdf4a0l2ROQglhxB3Nqd3xK5Z7-ABJV1KhNaDHOgEvf4gB_g5FT6yYahmjKr1Ry-0pdvaX5tFykLfJYiy-hE23AGsffyBAHqRPvHVOJ3mD4uiffGcsm3umnpMkBFnB3XNXLIw3B4M9k-LM_gClwHpW8vOKz9-2Lc5yQPDum4PpFwp6dkHG02umLnj&__tn__=-R
Baru sahaja dilantik, Dr Zulkifli telah memperkenalkan cara kerja mengikut sistem piramid dan menitikberatkan konsep masa semasa bertugas.
Tidak suka penjawat awam di bawah jabatan dan agensi kementerian mengabaikan waktu ketika menjalankan tugas, Dr. Zulkifli telah menetapkan beberapa gerak kerja yang perlu dipatuhi oleh semua.
Antaranya:
1. Laporan setiap minggu oleh ketua jabatan
Ketua-ketua jabatan perlu menyediakan laporan setiap minggu kepada beliau mengenai tugas kakitangan bawahan supaya semuanya bekerja secara profesional.
Malah beliau turut meminta agar ketua setiap unit memeriksa kakitangan bawahan masing-masing supaya budaya curi tulang tidak berlaku.
“Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana, takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok.”
2. Pengenalan fail meja
Sebaik sahaja kakitangan masuk ke pejabat, masing-masing akan mengetahui bidang kerja da tugasan yang perlu dilakukan mengikut kelayakan masing-masing.
3. Ganjaran kepada pekerja
Ganjaran akan diberikan kepada pekerja yang 200% cemerlang dalam kerja yang dilakukan mereka tidak menira peringkat jawatan termasuklah yang berjawatan rendah, asalkan mereka layak menerimanya.
Mahu kakitangan di jabatan dan agensi agama setaraf dengan kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),dengan sistem baharu ini, beliau yakin ianya dapat mengelakkan stigma buah mulut orang ramai bahawa agensi agama (orang agama) adalah lemah dan tidak stabil kerjanya.
BACA: Tular Hantar Surat Kepada Pengerusi Surau, Ini Respon Mufti Wilayah
Mahu mengaplikasikan konsep rahmah di bawah pentadbirannya, rahmah menurut beliau adalah kasih sayang; amanah yang lebih tinggi dan menjadi pakaian bagi setiap umat Islam.

Amat mementingkan masa kerana masa itu bersifat keemasan, bagi beliau perkara ini adalah penting kerana beliau berpendapat nikmat yang dimiliki adalah untuk rakyat.
Antara cabaran yang beliau kemukan berkaitan masa adalah sebilangan daripada kakitangan awam banyak membazirkan waktu mereka.
Sumber: Berita Harian
Trending now



