Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM

Datuk Seri Azam Baki Dilantik Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebentar tadi, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki, sebagai Ketua Pesuruhjaya berkuat kuasa hari ini.

Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM 1
Sumber: FMT

Beliau menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan tersebut pada minggu lalu. Dilantik berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu, Latheefa Beebi Koya yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kontrak jawatan selama dua tahun.

Diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai proses reformasi institusi kerajaan.

Lantikan Latheefa Koya pernah menimbulkan kontroversi apabila Tun Mahathir melantik beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tanpa membincangkan dengan barisan kabinet.

BACA: Lantikan Latheefa Koya Tidak Perlu Persetujuan Jemaah Menteri – Tun M

Menjadi pertikaian, antara yang bersuara adalah Bersih 2.0 yang merasakan pelantikan beliau memperlihatkan kelemahan urus tadbir kerajaan yang seakan sama dengan perlakuan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan kuasa dalam melantik sekutunya dalam menyandang jawatan penting untuk melarikan diri daripada siasatan skandal 1MDB.

Latheefa Koya pernah berdepan dengan isu bar ribbon  yang dikepilkan pada pakaian seragamnya. Namun, terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon tersebut yang sudah diperbetulkan.

Latheefa turut memaklumkan bahawa butiran di atas baju seragamnya adalah lencana pangkat yang beliau dikehendaki memakainya selaku Ketua Pesuruhjaya dan berdasarkan perintah tetap.

Sumber: Berita Harian