
London Bakal Anjur Festival Muslim LGBT Pertama Di Dunia
Selepas berjaya mengumpul dana melalui kempen crowdfunding, London mengumumkan akan menjadi tuan rumah kepada Festival Imaan iaitu festival Muslim LGBT pertama di dunia.

Bakal berlangsung pada 11 April ini, festival yang dianjurkan oleh Muslim LGBTIQ+ Charity Imaan ini dikatakan sudah mengumpul hampir 20,000 Euro.
Menggelarkan diri mereka sebagai ‘the U.K’s leading LGBTQ Muslim charity’, Imaan merupakan salah satu organisasi amal yang sudah beroperasi sekitar 20 tahun dengan matlamat menentang Islamophobia, Homophobia, Transphobia dan Rasisme.
Calling all LGBTQI Muslims! Tickets are now live for @ImaanLGBTQ #ImaanFest Muslim Pride on 11 April in London. Don’t miss an amazing lineup of speakers, workshops, art, entertainment & food: https://t.co/R7Wo76ACmE pic.twitter.com/0jhrywcEHK
— Stonewall (@stonewalluk) February 26, 2020
Mengangkat hak asasi manusia yang jelas bertentangan dengan norma masyarakat, komuniti LGBT ini dilihat secara terbuka cuba menyampaikan dakyah dan fahaman mereka dengan lebih meluas.
Bukan sahaja bertentangan dengan norma manusia, malah mereka turut cuma menormalisasikan perbuatan ini yang jelas bertentangan dengan hukum agama Islam.

Kononnya cuba menepis dakwaan dan tanggapan negatif yang berkaitan dengan komuniti LGBT Muslim, festival ini dikatakan sebagai satu platform terbaik untuk mereka menonjolkan diri mereka secara terbuka kepada masyarakat.
“The media has tried to control the narrative about Queer Islamic identities for too long, often thrusting us into a horrific culture war, as if Islam is the mortal enemy of queer identity.”
Dijangkakan bakal mengumpulkan lebih sejuta peserta, komuniti LGBT Muslim menganggap penolakan terhadap komuniti LGBT adalah kerana adat dan budaya masyarakat Muslim yang masih lagi konservatif.
Sumber: SBS, Washington Examiner
Trending now



