Media The Guardian Sifatkan Pelantikan Muhyiddin Yassin Sebagai Rampasan Kuasa Diraja 1

Media UK Berniat Jahat, Sifatkan Pelantikan Muhyiddin Yassin Sebagai Satu Rampasan Kuasa Diraja

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kecoh di internet dan portal berita tentang sebuah ‘kelab malam dan disko halal’ yang bakal dibina di kawasan Jeddah, Arab Saudi. Mendapat pelbagai reaksi daripada netizen global, rupa-rupanya ‘kelab malam halal’ tersebut cumalah salah faham masyarakat maya.

Menurut laman Arabian Business, CEO Addmind Hospitality Group, Tony Habre memberitahu bahawa kafe dengan jenama White tersebut bakal didekorasikan dengan perhiasan berjenama mahal. Dalam laporan penuh, tiada pun memperkatakan mengenai pembukaan ‘kelab malam halal’ atau ‘disko halal’ di Jeddah.

Kelab Malam Halal Arab 1

Berita yang disebarkan ini membuktikan bahawa benarlah pengguna internet banyak ditipu oleh berita-berita palsu terutamanya yang berada di Facebook. Berkenaan dengan video di dalam kelab malam berlokasi di Jeddah yang tersebar, Pihak Berkuasa Am (Hiburan) Jeddah telah mengambil langkah menyiasat kerana ianya didapati tidak mendapat lesen daripada pihak berkuasa.

Memilih Jeddah sebagai kawasan pembukaan kafe tersebut, Tony memberitahu ianya adalah kerana tabiat komuniti tempatan yang suka berada di luar rumah (melepak) berbanding duduk di rumah.

Lega rasanya bila dapat tahu berita pembukaan ‘kelab malam halal’ di Arab Saudi adalah berita palsu.

Sumber: The Milli Chronicle

Tengok dia orang makan, terasa macam nak pergi sana pula.

Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.