
Mengenang Enam Tahun Kehilangan MH370, Misteri Yang Masih Tidak Dapat Dirungkai
Mengenang enam tahun kehilangan MH370.
Hari ini, genaplah enam tahun misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang tanpa khabar berita.
BACA: Dakwa MH370 Sengaja Ditenggelamkan Dalam Misi Bunuh Diri, Ini Respon Ketua Polis Negara
Biar pun sudah enam tahun, masih ramai yang terkesan dengan kehilangan yang berlaku pada tahun 2014 lalu, terutamanya keluarga dan rakan rapat mangsa.
Masih tidak dapat dirungkai sehingga ke hari ini, MH370 sehingga ke hari ini tidak dapat ditemui walaupun sudah banyak teori-teori mengenainya dikeluarkan pelbagai pihak.
Tragedi 7 Mac 2014 itu telah mengakibatkan seramai 239 orang penumpang termasuk anak kapal yang dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur hilang selepas tidak dapat dihubungi satu jam selepas perlepasan.
Membawa penumpang dari 15 buah negara, majoriti daripadanya merupakan rakyat China, pesawat MH370 sepatutnya menghubungi kawalan lalu lintas udara di Bandar Raya Ho Chi Minh namun sebaik sahaja memasuki ruang udara titik berkenaan, tempat perhubungan telah hilang.

Walaupun dibantu banyak negara seperti Malaysia, Amerika Syarikat, China, Australia, Filipina, India, Indonesia, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam, pesawat ini masih tidak ditemui.
Ada pihak pakar daripada Independent Group mendakwa tragedi MH370 adalah disebabkan oleh perbuatan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang digelar sebagai seorang yang ‘bermasalah dan kesunyian’.
Kapten Zaharie dikatakan mempunyai masalah depresi telah menerbangkan pesawat dengan laju sehingga ke ketinggian 40,000 kaki dari paras laut supaya pesawat akan berada dalam keadaan ‘tertekan’ dan akan membunuh 238 orang penumpang secara perlahan akibat daripada sesak nafas sebelum menghempaskannya ke dalam Lautan Hindi.
Kronologi kehilangan pesawat MH370:
Sama-samalah kita doakan agar pesawat ini segera ditemui.
Diinspirasikan daripada kisah kehilangan MH370, sebuah filem yang bertajuk Into Thin Air dikatakan akan dihasilkan bagi mengenang enam tahun misteri ini berlaku.
BACA: ‘Into Thin Air’, Sebuah Filem Berdasarkan Misteri Kehilangan MH370
Dengan plot yang mengisahkan usaha penyiasat yang memiliki masa lampau trahis bekerjasama dengan seorang wartawan yang idealistik, pastinya filem ini akan membawa penonton mengingati balik detik berlakunya kehilangan MH370.
Trending now



