Tarian Basuh Tangan Covid-19

Lihat Video TikTok Tarian Basuh Tangan Cegah Covid-19 Yang Kini Tular Di Vietnam

Ketika ini, rata-rata negara panik dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang dilihat tiada tanda-tanda ia bakal berhenti dalam tempoh terdekat. Pelbagai usaha dijalankan negara yang terlibat bagi membendung penularan wabak ini.

Video aplikasi TikTok yang dihasilkan bersama selingan lagu Vietnam dan tarian unik memaparkan keperluan membasuh tangan berikutan krisis virus Covid-19 berjaya menarik dua juta tontonan.

Lagu itu berasal dari video animasi dengan lirik bagi mendidik rakyat berkenaan virus COVID-19 itu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Vietnam. Berlatarbelakangkan lagu pop ‘Jealous’ atau ‘Ghen’ dalam bahasa Vietnam yang dinyanyikan oleh Erik dan Min.

Ia mendapat tontonan beratus ribu penonton di Youtube dan turut ditampilkan di HBO untuk tayangan Last Week Tonight bersama pengacara John Oliver.

Tarian Basuh Tangan Covid-19
Sumber: Twitter

Lagu mencegah virus Covid-19 ini kemudian dipopularkan oleh penari dan personaliti internet, Qang Dang, yang mempunyai hampir 300,000 pengikut di TikTok dan Instagram, di mana beliau dan seorang lagi penari, menari di kawasan jalanan yang mempunyai ramai penjual makanan yang disertakan dengan tanda pagar #ghencovychallenge.

Lagu berkenaan juga menyelitkan cara untuk mengelak jangkitan seperti membasuh tangan dan kurangkan mengunjungi tempat yang mempunyai ramai orang.

Tujuan lagu ini dihasilkan sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan kepada mereka yang berdepan isu ini termasuk pakar, doktor, pekerja perubatan dan jutaan yang berada di hadapan memerangi virus ini.

Vietnam yang berkongsi sempadan dengan China mengambil langkah-langkah untuk menangani virus itu termasuk meletakkan sebuah kampung di bawah kuarantin selepas lima kes disahkan dari kawasan itu.

https://www.instagram.com/p/B8wTW_BllKj/?utm_source=ig_embed

Sangat sesuai ajar pelajar dengan tarian basuh tangan ini!