
Pernah Dipecat Daripada Jawatan TPM Kerana Persoal 1MDB, Muhyiddin Yassin Kini Sah PM Ke-8
Bagi mereka yang aktif bersukan, pasti kenal dengan gula-gula keluaran Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd, Himalaya Salt Candy.
Dibuat dengan garam Himalaya semula jadi, gula-gula ini sangat berguna jika badan anda memerlukan natrium tambahan selepas senaman yang sengit. Sensasi sejuk gula-gula ini menenangkan tekak pada masa yang sama menyegarkan nafas.

Disebabkan itu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas populariti gula-gula ini.
BIG FOOT Malaysia, pengeluar gula-gula ini mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebooknya kepada penggemar Himalaya Salt Candy tentang versi tiruan gula-gula ini telah dijual di Malaysia.
Cara mengenali gula-gula tiruan:
BIG FOOT telah berkongsi cara membezakan gula-gula original dan tiruan.
1. Fon
2. Alamat
3. Kesalahan ejaan
4. Kaedah cetakan pada tamat tempoh
Jadi, anda perlu berhati-hati apabila membeli gula-gula ini. Melihat pada komen netizen, segelintir daripada mereka telah terbeli yang tiruan. Setakat ini, jika anda membeli di Watson atau 7 Eleven, gula-gula yang dijual itu adalah original.
Menurut pengeluar Himalaya Salt Candy, gula-gula tiruan ini tiada kawalan kualiti yang ketat dan sumber pembuatannya dikhuatiri tiada pengesahan untuk kesihatan dan keselamatan.
Sumber: FB BIG FOOT Malaysia
Trending now



