Apple Iklan Penggunaan MacBook Melalui Anime

Apple Guna Siri Anime Sebagai Iklan Penggunaan MacBook Di Jepun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anime Jepun membawa pengaruh yang besar bukan sahaja kepada rakyat Jepun tetapi juga kepada peminat global. Melihat kepada kebolehpasaran tersebut, pihak Apple guna kan siri anime sebagai platform terbaharu pemasaran mereka.

Apple guna siri anime sebagai batu loncatan dalam strategi pemasaran

Apple telah mengambil keputusan menggunakan saluran siri anime bagi mempromosikan penggunaan MacBook terutamanya kepada penduduk Jepun.

Apple Iklan Penggunaan MacBook Melalui Anime 1
Sumber: Apple Insider

Menggunakan beberapa klip yang memaparkan babak penggunaan MacBook oleh watak-watak di dalamnya, langkah Apple ini dilihat sebagai satu langkah bijak kerana Jepun merupakan antara negara dengan jumlah pengguna produk Apple tertinggi di dunia.

Tonton iklan berkenaan di bawah yang menggabungkan beberapa klip daripada Keroro Gunsou, Mr Osomatsu, New Game!, Weathering With You, The Wonderland dan Your Name:

https://www.youtube.com/watch?v=V85CQzsyvj4

BACA: Apple Bakal Lancarkan iPhone Baharu Pada 10 September Ini

Terdahulu, Apple dijangka bakal melancarkan enam model iPhone 12 pada tahun 2020 yang menyokong rangkaian 5G iaitu:

  • iPhone 12 4G – skrin LCD 6.1 inci LCD, dwikamera
  • iPhone 12 Pro 4G – skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
  • iPhone 12 Pro 5G – skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
  • iPhone 12 Pro Plus 4G – skrin OLED 6.1 inci, trikamera berserta keupayaan sensor Time-of-Flight 3D 
  • iPhone 12 Pro Plus 5G – skrin OLED 6.1 inci, trikamera, dan ToF
  • iPhone 12 Pro Max 5G – skrin OLED 6.1 inci, trikamera dan ToF

Sumber: Amanz, Apple Insider