Google Mohon Lesen Jalan Urusniaga Dengan Huawei

Google Dilaporkan Dalam Proses Mohon Lesen Untuk Teruskan Urusniaga Dengan Huawei

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Google dilaporkan sedang dalam proses memohon lesen untuk meneruskan urus niaga dengan Huawei. Namun isu perang dagang antara Amerika Syarikat yang berlangsung sejak Mei tahun lalu masih tidak nampak jalan keluarnya dan diihat semakin serius.

BACA: Tiada Lagi Akses Android Dan Google Dengan Huawei

Disebabkan isu berkenaan, kebanyakan peranti Huawei ini tidak dapat menggunakan Google Play Services (GMS) sebaliknya hanya menggunakan Huawei Mobile Services (HMS).

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1829266640539877

Selepas beberapa bulan ‘memboikot’ Huawei, baru-baru ini, Google dilaporkan telah memohon semula lesen untuk menjalankan urusniaga dengan Huawei.

Huawei semakin laris
Sumber: Central Western Daily

BACA: Amerika Syarikat Bakal Ambil Alih Nokia Dan Ericsson Demi Kurangkan Dominasi Huawei?

Dan sekiranya permohonan lesen diluluskan, peranti-peranti Huawei selepas ini pastinya akan kembali menggunakan GMS.

Terdahulu, akhir Mei 2019, Google telah mengumumkan akan menggantungkan perniagaan dengan Huawei secara serta merta. Hal ini menyebabkan Huawei Technologies Co.Ltd. akan kehilangan akses kepada sistem sokongan operasi Android dari Google termasuk Google Play Store, Youtube dan Gmail.

Berikutan keputusan yang dibuat, ini bermakna tiada lagi kemas kini sistem keselamatan untuk peranti lama dan baru termasuklah model P30, P30 Pro, Mate 20 Pro dan lain-lain. Huawei hanya boleh menggunakan versi sistem operasi Android yang tersedia ada melalui lesen sumber terbuka.

Tindakan Google berbuat demikian adalah disebabkan Amerika Syarikat telah meletak Huawei sebagai syarikat senarai hitam untuk dagangan negara mereka.

Sumber: Android Central, Amanz