Trailer The Hunt Buru Manusia

Tonton Apabila Manusia Jadi Sasaran Pemburu Dalam Trailer ‘The Hunt’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem ‘The Hunt’ akhirnya dilancarkan semula selepas dibekukan sementara sebagai penghormatan terhadap isu tembakan rambang yang berlaku di Dayton dan El Paso pada tahun lalu.

The Hunt menigsahkan tentang dua belas individu telah terjaga dari tidur di kawasan hutan tanpa mengetahui lokasinya. Mereka sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka telah dipilih dan dibawa di sebuah tempat bernama Manor House untuk satu tujuan spesifik, iaitu diburu oleh golongan-golongan elit.

Trailer The Hunt Buru Manusia

Crystal, salah seorang individu yang diburu telah menukar rentak permainan apabila dia mula membunuh seorang demi seorang pemburu dan kemudiannya mencari seorang wanita misteri yang menjadi dalang dalam permainan ‘The Hunters’ itu.

Diarahkan Craig Zobel, filem ini dibintangi oleh Betty Gilpin, Hilary Swank, Ike Barinholtz dan Emma Roberts.

Tonton trailernya di sini sebelum memburu anda pada 16 April ini.