Bunkface Akhir Zaman LGBT

Single Baharu Bunkface, ‘Akhir Zaman’ Dikritik Komuniti LGBT

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bunkface, kumpulan yang memperjuangkan muzik punk rock kini tampil dengan melancarkan single baharu yang berjudul Akhir Zaman.

Menurut Bunkface, melodi dan lirik single tersebut ditulis sendiri vokalis Sam yang berkisarkan tentang keadaan semasa di Malaysia dan dunia sekeliling hari ini.

“Kami mendengar suara peminat dan juga rakyat Malaysia mdan sudah menjadi tugas kami untuk menyampaikan suara-suara
tersebut.

“Jadi ini adalah cara kami menyuarakan isu yang benar dengan pendapat yang betul demi agama, demi rakyat dan negara kita Malaysia.” katanya.

Bunkface Akhir Zaman LGBT
Sumber: Unite Asia

Bagaimanapun, single baharu ini mendapat perhatian ramai kerana sebaris lirik berkaitan dengan LGBT yang menyebabkan trending di laman sosial Twitter.

Seperti ramai sedia maklum, LGBT merujuk status orientasi songsang, sama ada naluri seksual mereka, hak bertukar jantina, hak berkahwin sejenis dan banyak lagi. Rata-ratanya mereka yang memperjuangkan hak LGBT tidak berpuas hati dengan lirik tersebut seolah-olah mempromosi homofobia dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sehingga hari ini, isu mengenai LGBT di Malaysia hangat diperkatakan kerana majoriti di negara ini adalah Muslim dan Islam melarang para pengikutnya untuk mengiktiraf hak LGBT.

BACA: TPM: LGBT Adalah Haram Dan Bertentangan Dengan Norma Sosial

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik tersebut telah pun ditonton hampir 80,000 kali.

Apa pandangan anda tentang single baharu Bunkface ini?

https://www.youtube.com/watch?v=hFMvDf5miSE