
Kumpulan Ekstremis Bakar Masjid Delhi Sebelum Pacak Bendera Sebagai Protes Anti-Muslim
Di kala agama Islam semakin melebarkan ‘sayap’ ke seluruh dunia, di India kaum Muslim terpaksa berdepan dengan perilaku-perilaku kejam kumpulan penganut ekstremis Hindu.
Update Ashok Nagar, Delhi 6.00pm: A mosque has been vandalised by Hindutva terror forces, as they brazenly revisit their demolition tactics. We see complete inaction from @delhipolice, @HMOIndia , @PMOIndia and @arvindkejriwal.#DelhiRiots #DelhiBurning #DelhiViolence pic.twitter.com/jOsrAzVCP8
— Shaheen Bagh Official (@Shaheenbaghoff1) February 25, 2020
Dalam kejadian yang terbaharu, kumpulan ekstremis ini telah melakukan pembakaran di sebuah masjid di Delhi sebelum memacakkan bendera Hanuman di bahagian kubah menara masjid.
Menurut sumber The Islamic Information, kumpulan berkenaan merupakan orang luar. Selepas pembakaran bermula, penduduk memberitahu mereka hanya melihat kelibat anggota bomba tanpa kehadiran anggota polis di lokasi kejadian.
BACA: Dibuang Kerakyatan, Penduduk Muslim Di India Buat Demonstrasi Bantah Akta Kerajaan
Susulan serangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penentangan undang-undang kewarganegaraan Anti-Muslim, sekurang-kurangnya dilaporkan 13 orang menjadi korban dan 150 yang lain cedera.
Cubaan menghalau dan mengawal keganasan yang dicetuskan kumpulan ekstremis ini di penempatan dengan minoritinya Muslim dengan menggunakan bom asap dan gas pemedih mata juga dikatakan tidak berjaya.
Delhi menjadi lokasi target terbaharu gelombang keganasan dan rusuhan kumpulan protes Anti-Muslim sejak petang Ahad lalu.
Terdahulu, penduduk Muslim di India telah melakukan demonstrasi membantah akta kerajaan baharu yang menyasarkan untuk mengusir anasir asing berkuat kuasa 11 Disember 2019 lalu.
Daripada 33 juta penduduk, hanya 31.1 juta sahaja yang memasuki senarai Pendaftar Kewarganegaraan Kebangsaan (NRC), manakala 1.9 juta lagi dianggap sebagai tidak layak dan kebanyakan daripada jumlah ini adalah Muslim selain daripada Benggali dan Hindu yang telah tinggal di sana berdekad lamanya.
Manakala kebanyakan yang menerima kerakyatan adalah individu beragama Hindu, Sikhm Buddha, Parsi dan Kristian dari negara Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan.
Sejak beberapa dekad lalu, Assam sering dilanda ketegangan terutamanya daripada segi perbezaan agama dan etnik kerana negeri terpencil ini kebanyakan rakyat yang menghuni adalah warga asing selepas berjuta penduduk melarikan diri ke India semasa pemerintahan kolonial British dan perang Bangladesh 1971.
Sumber: The Islamic Information
Trending now



