Wanita Boleh Hamil Mandi Kolam Dengan Lelaki

Pensyarah Dikecam Selepas Dakwa Wanita Boleh Hamil Jika Mandi Satu Kolam Dengan Lelaki

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang pensyarah yang juga merupakan Ketua Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) mengeluarkan satu kenyataan yang mana kehamilan boleh terjadi walaupun tanpa sentuhan seperti jika berenang satu kolam dengan lelaki.

Kenyataan Sitti Hikmawatty itu menjadi tular dilaman sosial sehingga menerima kecaman netizen. Susulan itu, beliau turut digesa melepaskan jawatannya dengan tanda pagar #PecatSittiHikmawatty menjadi trending di Twitter Indonesia.

Dalam kenyataannya itu menerusi Jakarta Tribune, kehamilan boleh terjadi walaupun tidak bersentuhan secara fizikal seperti berenang bersama lelaki dalam satu kolam, seperti yang dirujuk olehnya daripada jurnal antarabangsa.

Wanita Boleh Hamil Mandi Kolam Dengan Lelaki
Sumber: IDN Times

“Ada sperma jenis kuat yang boleh menyebabkan kehamilan dalam kolam renang,” ujar Sitti.

Menurut eksekutif Persatuan Doktor Indonesia, Nazar, ia mustahil untuk wanita hamil menerusi kaedah itu.

Ekoran daripada kenyataanya itu, Sitti Hikmawatty telah memohon maaf dan menganggap kenyataan itu adalah bersifat peribadi, dan bukannnya mewakili unit KPAI secara umum.

Sumber: CNN Indonesia