
Lihat Penyanyi Bollywood, Shreya Goshal Sahut Cabaran Nyanyi Lagu ‘Cindai’
Penyanyi playback Bollywood terkenal, Shreya Goshal memberi kejutan kepada peminatnya apabila menyahut cabaran wartawan menyanyikan lagi berbahasa Melayu pertama kali di konsertnya yang diadakan di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Shreya menyampaikan lagu popular milik penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza, ‘Cindai’ dengan penuh bersahaja dalam rendisinya tersendiri. Walaupun berasa gementar untuk menyanyikannya, Shreya berseloroh sambil berkata, “Saya tahu anda semua akan memberi saya A atas usaha (menyanyikan lagu ini),” katanya kepada audiens.
“Lagu itu sangat indah…, saya harap anda semua terhibur,” kata Shreya malam tadi ketika konsert Shreya Ghoshal Live In Concert di Plenary Hall, KLCC.
Konsert itu dihadiri lebih 3,000 peminat dengan membawakan lagu-lagu hit seperti Manwa Laage, Ghoomar, Ye Ishq Hai, Nagada Sang Dhol, Deewani Mastani, Tujh Mein Rab Dikhta Hai, Pinga, Sun Raha Nai Na Tu, Dhadak.
Untuk rekod, Shreya pernah menjadi penyanyi playback untuk filem-filem popular antaranya Devdas, Bajirao Mastani, Padmavat, Happy New Year dan banyak lagi.

Beliau yang popular dengan menyanyikan pelbagai lagu dalam dialek India sudah merakamkan lebih 300 buah lagu. Sering tercalon beberapa anugerah dan telah memenangi empat anugerah Filem Kerala, dua anugerah Filem Tamil Nadu dan tujuh anugerah Filmfare sepanjang kerjaya seninya.
Shreya turut berkata bahawa belia teruja sekiranya ada penyanyi hebat dari Malaysia yang mahu berkolaborasi dengannya suatu hari nanti.
Penyanyi India itu juga yang pertama kali memiliki patung lilin sendiri yang dipaparkan di Madame Tussauds pada tahun 2017.
Sungguh merdu suara Shreya apabila menyanyikan lagu Cindai dengan lenggok Bollywood!
Sumber: Gempak
Trending now



