Bursa Malaysia Turun Ke Paras Terendah

Ketidakstabilan Politik Punca Bursa Tempatan Turun Ke Paras Terendah Sejak Disember 2011

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketidakstabilan politik negara turut memberi kesan kepada bursa tempatan yang mencatatkan paras terendah sejak Disember 2011.

BACA: Tun Mahathir Sah Serah Surat Perletakan Jawatan, Anwar Ibrahim Puas Hati

Pada rehat tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan sebanyak 2.54% (38.94 mata) berbanding paras penutup 1,531.20 pada Jumaat lalu.

Sepanjang sesi pagi, indeks terapung berada di antara paras 1,491.20 hingga 1,510.42 dengan pembukaan mata sebanyak 1,501.47.

Di seluruh papan, semua indeks negatif dengan kaunter pembinaan menjadi saham yang mencatatkan penurunan tersebar iaitu 5.72%.

Bursa Malaysia Turun Ke Paras Terendah 1
Sumber: The Malaysian Reserve

Sejak pagi, saham milik syarikat berkaitan kerajaan yang paling teruk terjejas, yang mana kaunter Public Bank ‘mengetuai’ senarai dengan kerugian sebanyak 66 sen kepada RM17.56.

Tenaga Nasional pula mencatatkan kejatuhan 42 sen kepada RM12.36, diikuti Maybank 20 sen kepada RM8.21 dan CIMB Group 18 sen kepada RM4.82.

Manakala saham berkaitan Petronas seperti Petronas Chemicals turun 20 sen kepada RM6.25, Petronas Dagangan susut 20 sen kepada RM21.80, MISC jatuh 45 sen kepada RM7.24 dan saham telekomunikasi Axiata jatuh 20 sen kepada RM4.05.

Seorang penganalisis bursa memberitahu FBM KLCI dijangka akan terus berada dalam aliran menurun dan menguji paras 1,480 sekiranya keadaan berterusan sepanjang hari ini terutamanya dalam kaunter berkaitan kerajaan.

Ketidakstabilan politik bermula apabila Tun Mahathir mengejutkan semua pihak dengan penyerahan perletakan jawatannya kepada YDPA.

Sumber: Berita Harian