
Tun Mahathir Sah Serah Surat Perletakan Jawatan, Anwar Ibrahim Puas Hati
Desas desus perubahan politik tanah air hari ini akhirnya menyaksikan Perdana Menteri, Tun Mahathir sah serah surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayyatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.
https://www.facebook.com/TunDrMahathir/photos/a.10151748481053652/10157100294908652/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCEwfD0B8mvQrr7IJoGz3nAtyECubQ5NeNApuu2nAfntO3_o-fEfnT0UcbUgLdbYc6KlJVn-2ZdLFhCm-mSUe6mVl9sAtJfaoR4T26kbtguZLLSKAZRkNBz8OOh-w4WQTYba-93EF1vb9IIeSAG9hcXTjKGSnycsqfw_bMMvUPF7kXnUiWvILE8n6DqFUvuDpT8C2eLHuxHwkWgNrSmccE_7XydYuhBOiJJyB7xjgT7s3Re-hUMIf4WLTU4VgyH6BJ7eU20cHB5YHGsEYBTLlbQku7yunt_6WXkUh9oIE4LxJaI4pHTkg9kWEZuygT0FadnzbQ2vEqZIoxfPA&__tn__=-R
BACA: Digelar ‘Harimau’ Oleh Musuh, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Permainan Politik Tun Mahathir
Tindakan berkenaan yang dipercayai berkiatan dengan pergolakan politik dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden sejak Jumaat lalu.
Jabatan Perdana Menteri dikhabarkan akan mengeluarkan kenyataan berkenaan hal tersebut dalam masa terdekat.
Selain daripada itu, Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.
https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/2807674562644418?__xts__%5B0%5D=68.ARBZwUkbAkAM5oOjeG-CCF9ZsK1sC0EtafKXjVmfsXD3MMKmirYAhKvwuN6RgfX6-FOhqiWVCdp9yk6hqE1nJ2ojXCbALp3fUlLWgMC6lZ_UCDovqzioZH3TvJwYEOJGLE3svajSjJDBot-FjzalRK7hjBziM1dI4Ngi6fX8lGN7LWbsaQZUM2fND0Bt9IU9Y-QJnbOagnDqj-uEreJkqEqeSIng1WZQRa99L5NswoZ97AF3d-fuoHhMHtXmbtNbwW4OiP03uL3H23C7kfIcgvgf6IqxIbam0HvP3v6h7ljXcY8Hmiv0yqVY9wEaLhPQmpXS3J26xT9CBnzi3ga8Gw&__tn__=-R
PKR menerusi makluman daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula memberitahu PKR memutuskan memecat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, berkuat kuasa serta-merta.
Susulan daripada perletakan jawatan oleh Perdana Menteri, akan berlakunya kekosongan jawatan dalam kabinet seperti yang pernah dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Ogos tahun lalu.
Anwar Ibrahim sebentar tadi memaklumkan pertemuan beliau dengan Tun Mahathir di kediaman Perdana Menteri berlangsung dalam keadaan baik dan beliau berpuas hati dengan pendirian Tun Mahathir bahawa prinsip harus diutamakan agar agenda reformasi diteruskan.
Tun Mahathir sah serah surat perletakan jawatan
Tun Mahathir sebelum ini beberapa kali membuat u-turn apabila memberitahu akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia (APEC) 2020 pada November ini bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan.
Namun, tiga hari lalu, Tun Mahathir memberitahu media keputusan perletakan jawatan tersebut adalah terpulang kepada beliau.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Astro Awani
Trending now



