Kanak-Kanak 7 Tahun Juara Pokemon Antarabangsa 20203

Pertama Kali Sertai Pertandingan, Kanak-Kanak 7 Tahun Ini Menang Kejohanan Pokemon Antarabangsa 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Apabila memasuki arena video permainan secara kompetitif, cabarannya amat tinggi dan mendebarkan yang disulami ketegangan bersaing antara para peserta.

Tapi, bagi Kejohanan Pokemon Antarabangsa 2020 ini mungkin nampak berlainan kerana juaranya adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dengan perwatakan yang sungguh comel.

Simone Lim berasal dari Singapura menjadi johan dalam pertandingan Kejohanan Pokemon Antarabangsa Oceania 2020 bagi kategori Juniors. Kanak-kanak ini mengalahkan lawannya yang lebih tua dan pernah merangkulbeberapa gelaran juara sebelum ini, Justin Miranda-Radbord.

Menurut komentator kejohanan, kemenangan ini merupakan kejohanan antarabangsa pertama Lim dan ini ialah musim pertama dia bermain secara kompetitif.

Kanak-Kanak 7 Tahun Juara Pokemon Antarabangsa 2020

Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut. Antaranya ialah kategori Juniors untuk peserta bawah umur 18 tahun. Dalam kategori tersebut, permainan video yang dimainkan ialah Pokémon Sword & Shield yang dilancarkan untuk konsol Nintendo Switch.

Kanak-Kanak 7 Tahun Juara Pokemon Antarabangsa 2020

Dengan kemenangan ini, adik ini membawa pulang sekurang-kurangnya AS$1,500 (RM6,300) dan juga memperoleh slot kelayakan untuk bertanding di peringkat Kejohanan Dunia (World Championships) yang akan diadakan pada bulan Ogos tahun ini di United Kingdom.

Sumber: IGN