Permainan Politik Tun Mahathir 1

Digelar ‘Harimau’ Oleh Musuh, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Permainan Politik Tun Mahathir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Digelar harimau oleh musuh, sejak dua hari lalu, tular desas desus daripada sumber dalaman bahawa Kabinet Malaysia akan dirombak dan perubahan berkenaan bakal membawa satu perubahan besar dalam landskap politik Malaysia.

BACA: Menteri ‘Kemas’ Meja, Adakah Kabinet Malaysia Bakal Dirombak Dalam Masa Terdekat?

Sejak diangkat sebagai Perdana Menteri pada PRU lalu, Tun Mahathir banyak menjadi bahan ketawa kerana dilihat semakin ‘menunduk’ dengan parti-parti politik kini.

Beliau yang dahulunya digelar sebagai harimau kini mendapat pelbagai gelaran baharu, antaranya ‘harimau kertas’ dan ‘harimau tiada taring’.

Tun M Pemangku Menteri Pendidikan

Akan tetapi tahukah anda, di sebalik ‘lembiknya’ Tun Mahathir seperti yang digelar orang ramai, ada tersembunyi permainan politik yang lebih licik.

Salah seorang pengguna Facebook, Amir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Tuan Amir Danau telah merungkai permainan politik licik Tun Mahathir.

Kata Amir, kita perlu ambil tahu sejarah Tun Mahathir dalam politik. Sedang orang lain sedang leka berfoya-foya, beliau tekun menelaah buku-buku perang. Sedang orang lain seronok mentertawakannya, beliau fokus pada kelemahan-kelemahan musuhnya sehinggalah apabila musuh merasa diri mereka sudah menang, pada ketika itulah beliau sedia dengan ‘senjata’nya.

Pada ketika itulah, musuh-musuh akan berpaling tadah; tidak melawan tidak juga sujud menyembah tetapi akan kembali dengan pendirian yang sudah diputar belit agar terlihat neutral.

Permainan Politik Tun Mahathir
Sumber: FB Tuan Amir Danau

Lihat sahaja sejarah yang terukir apabila UMNO dikalahkan pada PRU14 selepas lebih 60 tahun memegang tampuk pemerintahan sebagai kerajaan selepas empat parti politik pembangkang (kini kerajaan) dibentuk menjadi Pakatan Harapan.

Pada awalnya gabungan ini digelakkan, namun apabila tiba detik PRU 14, yang digelakkan inilah yang ‘menyerang’ kembali.

 

Permainan Politik Tun Mahathir 2
Sumber: Berita Harian

Harimau yang dikatakan tua ini masih lagi berbisa, menungu ke saat akhir untuk menghabiskan permainan musuhnya.

Tunggu sahajalah apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ini. Kita sama-sama nantikan permainan apa yang akan beliau tonjolkan.

Sumber: Tuan Amir Danau