Hidap kanser tahap 4 Pencipta Meme Menangis Meninggal Dunia 2

Hidap Kanser Tahap 4, Pencipta Meme ‘Crying In A Puddle’ Meninggal Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hidap kanser tahap 4, pencipta meme tekenal meninggal dunia.

Sering digunakan bagi melambangkan perasaan netizen, meme merupakan dialog secara tidak langsung bagi menjelaskan emosi seseorang.

Ramai daripada kita menggunakan meme tanpa mengetahui siapa pencipta di sebaliknya. Antara meme yang paling popular untuk emosi sedih ialah crying in a puddle.

Hidap Kanser Tahap 4 Pencipta Meme Menangis Meninggal Dunia 1

Tanpa kita sedar, pencipta meme yang selalu kita gunakan rupanya baru sahaja meninggal dunia pada 8 Februari lalu selepas berjuang melawan kanser tahap empat.

BACA: Larry Tesler, Pencipta Konsep ‘Cut-Copy-Paste’ Meninggal Dunia

Baru berusia 29 tahun, Qinni yang berasal dari Kanada didiagnosis sebagai dengan kanser fibrosis sarcoma yang diyakini mempunyai kaitan dengan perubahan DNA pada Disember tahun lalu dan diberitahu hanya mempunyai masa untuk hidup sekitar setahun hingga setahun setengah lagi.

Hidap kanser tahap 4

Bertahan melawan kesakitan selama dua bulan, Qinni yang juga pernah melalui pembedahan jantung sebanyak tiga kali akhirnya dilaporkan meninggal dunia selepas tahap kesihatannya merosot dalam jangkaan lebih cepat.

Menjadikan seni lukis sebagai salah satu terapi melawan dan menzahirkan kesakitan dan kerungsingan, berikut merupakan antara hasil kerja Qinni yang popular:

Terdahulu, gara-gara meme seorang lelaki telah dipecat oleh majikannya.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Cody Hidalgo telah berkongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan watak Elmo dari The Muppets di dalam tandas dengan kapsyen,

“Boss makes a dollar, I make a dime. That’s why I poop on company time.”

Baca lanjut di sini: Gara-Gara Kongsi Meme ‘Tandas’ Di Facebook, Lelaki Ini Dipecat Majikannya Serta Merta