
A&S Perkenal Koleksi Barangan Elektronik Dengan Kerjasama Eksklusif DC
Mungkin ada dalam kalangan anda yang belum mengenali jenama A&S, namun dengan beberapa produk elektrik dan elektronik berinovasi baharu, pasti anda ingin memiliki produk daripada A&S ini.
A&S Distribution Sdn Bhd baru-baru ini telah memperkenalkan pelbagai produk baharu mereka dan paling menarik kali ini ia hasil kerjasama eksklusif dengan DC dalam sebuah atur cara teknologi tersohot iaitu CES 2020.
Melalui acara CES 2020 itu, A&S telah mengumumkan pelbagai penawaran menarik seperti fon telinga tanpa wayar TWS Batman, dok pengecas dengan sambungan USB Type-C Wonder Woman, pengerinting rambut automatik tanpa wayar Supergirl, dan juga pembersih vakum tanpa wayar Wonder Woman.
Selain itu, produk lain yang diperkenalkan termasuklah Pembersih Vakum Tanpa Wayar La Femmina Medio, Pembersih Vakum Tanpa Wayar La Femmina Perfetto, Pengering Rambut Tanpa Wayar Styler, dan Pengerinting Rambut Automatik Tanpa Wayar Wavy.
Produk Pengerinting Rambut Automatik Tanpa Wayar A&S menerima pengiktirafan sebagai Penerima Penghormatan Anugerah Inovasi CES 2020 kerana ia merupakan pengerinting tanpa wayar pengguna yang pertama hadir dengan fungsi satu sentuhan butang sahaja dan boleh beroperasi selama satu jam penuh dengan sekali cas.
Jangan lepaskan peluang memiliki barangan eksklusif ini! Untuk makluman lanjut boleh layari di laman sesawang rasmi A&S.
Trending now



