Bakal Dilancar Rekaan iPhone 9

Bakal Dilancar Mac Ini, Tular Video Didakwa iPhone 9 Dengan Rekaan Hibrid iPhone 4 Dan 8

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

iPhone 9 yang dikatakan bakal dilancar pada 31 Mac ini menjadi perhatian kerana harganya yang jauh lebih rendah (+-RM1,600) berbanding iPhone yang lain walaupun dihadirkan dengan processor yang sama pada iPhone 11 Pro.

Bakal Dilancar Rekaan iPhone 9

Sudah boleh ditempah bermula 3 April hadapan, sejak semalam tular satu video dari aplikasi TikTok yang memaparkan sebuah telefon jenama iPhone yang dikatakan sebagai iPhone 9 telah menarik perhatian warga media sosial.

Telah dikongsi di pelbagai media sosial lain, rekaan iPhone berkenaan yang dikatakan sebagai iPhone 9 yang bakal dilancar dalam sedikit masa lagi kemudiannya disahkan sebagai palsu oleh salah seorang pengguna Twitter.

Apple juga turut dijangka akan melancarkan model terbaharu iPad Pro yang akan hadir dengan beberapa pembaharuan terbaharu antaranya tiga kamera belakang sama seperti iPhone 11 Pro dan kamera 3D TOF yang mampu mengimbas dunia secara tiga dimensi.

BACA: Jadi Lambang Kemegahan Pengguna, Ini Derita Di Sebalik Operasi Kilang iPhone

Terdahulu, sering menjadi lambang kemegahan pengguna, rupanya ada derita di sebalik operasi kilang jenama telefon pintar ini.

Kilang Foxconn yang terletak di kawasan perindustrian Foxconn CIty, Shenzhen, China terkenal dengan beberapa kes pekerja bunuh diri kerana gaji yang dibayar pengurusan adalah jauh lebih rendah daripada bebanan kerja yang mereka dapati.

Sejak awal 2010, kilang ini telah menarik perhatian media sehingga ke hari ini dengan kes cubaan bunuh diri pekerja akibat tidak tahan ditekan pihak pengurusan. Antaranya, pada tahun 2010 sahaja, 10 orang pekerja dilaporkan terjun dari bangunan kilang dan pada Jun tahun berkenaan juga iPhone 4 dikeluarkan.

Sumber: 9To5Mac, Amanz